Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Umno tolak cadangan DAP berkait libat bukan Muslim dalam jawatankuasa syariah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Umno tolak cadangan DAP berkait libat bukan Muslim dalam jawatankuasa syariah

Dec 29, 2023 | 02:22 PM



KUALA LUMPUR: Cadangan supaya pakar daripada masyarakat bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah, yang ditubuhkan kerajaan Malaysia pada awal Disember, ditolak Umno yang menyifatkan ia “tidak berpijak di bumi nyata”.


Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menjelaskan penolakan itu sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan dan cadangan wakil rakyat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Datuk Ngeh Koo Ham itu, akan hanya mencetuskan polemik tidak perlu dalam suasana harmoni rakyat pelbagai agama dan kaum selama ini.

Tambahan, katanya, Mahkamah Syariah dikhususkan kepada rakyat beragama Islam, manakala proses menambah baik dan menaik tarafnya sejak Umno menerajui kerajaan sebelum ini juga sentiasa dilaksanakan secara bertahap dan mengambil kira ruang lingkup kuasa yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan, beliau menekankan sepanjang proses menaik taraf Mahkamah Syariah meliputi aspek pentadbiran, kecekapan, emolumen dan penggajian hakim serta pegawai, serta bentuk dan tahap hukuman diperuntukkan bawah kuasa mahkamah itu, ia tidak pernah sekali-kali mengambil mahupun mencabuli hak warga bukan Muslim.

“Ini juga sejajar peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai pemelihara serta pelindung kepada kesucian agama Islam sebagai Agama Persekutuan, pada masa yang sama mengiktiraf kebebasan agama lain untuk diamalkan di negara ini.

“Justeru, berikanlah kepercayaan dan keyakinan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dalam menentukan panel yang bakal menganggotai jawatankuasa itu kelak.

“Tentunya Raja-Raja Melayu amat bijaksana dan pasti mengambil kira segala aspek, termasuk bidang kuasa diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam mengabsahkan terma rujukan jawatankuasa itu,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 28 Disember.


Sebelum ini, Datuk Ngeh yang juga Ahli Parlimen (AP) Beruas, menyarankan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Katanya, ia bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat, bagi mengelak konflik apabila sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama dibuat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >