Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis Johor siasat dakwaan 2 anggota peras ugut pasangan S’pura RM500

Mar 14, 2024 | 1:24 PM
Tangkap layar video menunjukkan dua anggota polis trafik Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang didakwa memeras ugut pasangan warga Singapura RM500 kerana memasuki lorong salah untuk pulang ke Singapura.
Tangkap layar video menunjukkan dua anggota polis trafik Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang didakwa memeras ugut pasangan warga Singapura RM500 kerana memasuki lorong salah untuk pulang ke Singapura. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO FACEBOOK SAGE

JOHOR BAHRU: Polis Johor menjalankan siasatan terhadap dakwaan dua anggotanya bertindak meminta wang berjumlah RM500 ($142) daripada pasangan Singapura di laluan lori, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M. Kumar, berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan pulang ke Singapura.

Jelasnya, ia bagi mengelak tindakan saman dikenakan bagi kesalahan masuk ke laluan lori di kawasan pemeriksaan tersebut dalam kejadian sekitar 8.15 malam pada 10 Mac.

Awal dari itu, tular dua rakaman video berdurasi 1 minit 21 saat dan 1 minit 37 saat memaparkan kenderaan pasangan itu diminta melalui laluan lain sebelum ditahan pegawai lain sehingga mengakibatkan mereka diminta membayar RM500. 

Sehubungan itu, pihak polis Johor telah meminta bantuan pihak berkuasa Singapura untuk mengesan pasangan berkenaan, ekoran tiada laporan polis dibuat secara rasmi.

Permohonan rasmi dibuat ke Pejabat Konsulat Singapura di Johor Bahru untuk bantuan mengesan pemilik Facebook ‘Sage’ dan penama ‘Irene Teo’ bagi membantu siasatan.

“Melalui hantaran yang tular, dipercayai penama Irene Teo telah diarah membayar RM500 kepada dua anggota Bahagian Trafik BSI bagi mengelakkan tindakan saman diambil atas kesalahan memasuki laluan lori di premis berkenaan.

“Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat,” kata Encik Kumar dalam satu kenyataan, pada 14 Mac lapor Kosmo Digital.

Tambah Encik Kumar, Polis Johor komited memerangi jenayah termasuklah salah laku yang dilakukan dalam kalangan pegawai dan anggotanya sendiri demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pihaknya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 348 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat.

“Mana-mana pihak yang dipercayai melakukan kesalahan jenayah akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi berdasarkan prinsip kesamarataan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg