TANAH MERAH (Kelantan): Satu sindiket penipuan dalam talian, dikenali sebagai Love Scam yang menyasarkan lelaki warga Singapura, tumpas dalam serbuan polis di sebuah resort di Tanah Merah, Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, mendedahkan, pemeriksaan awal mendapati premis itu menjadi pusat operasi atau call centre bagi kegiatan Love Scam yang dipercayai sudah berjalan kira-kira sebulan.