Polis kenal pasti 874 kawasan mungkin dilanda banjir di Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis kenal pasti 874 kawasan mungkin dilanda banjir di Johor

Feb 3, 2026 | 4:00 PM

Polis kenal pasti 874 kawasan mungkin dilanda banjir di Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Datuk Ab Rahaman Arsad, banjir Johor
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad. - Foto FACEBOOK POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengenal pasti 874 kawasan panas atau hotspot yang mungkin dilanda banjir di 10 daerah berbeza di Johor sebagai persediaan berdepan banjir.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata seramai 1,280 anggota dan pegawai polis di Johor kini bersiap sedia bagi memantau dan bertindak apabila berlaku banjir nanti.

“Kawasan panas terbabit memerlukan penugasan ketat dan penempatan kekuatan secara strategik, terutamanya di lokasi yang sering terjejas setiap kali Monsun Timur Laut melanda.

“Kesemua anggota kini berada dalam keadaan siap sedia sepenuhnya dan boleh digerakkan pada bila-bila masa.

“Fokus kami adalah memastikan keselamatan rakyat di kawasan hotspot yang telah dikenal pasti,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Disember 2025 di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 3 Disember.

Berdasarkan rekod, antara daerah yang mencatatkan jumlah lokasi banjir tertinggi adalah Batu Pahat sebanyak 278 lokasi diikuti Segamat (118), Muar (99), Kota Tinggi (77) dan Pontian (70).

Daerah lain termasuk Tangkak (68), Kluang (57), Johor Bahru (51), Mersing (32) dan Kulai (24), lapor MalaysiaGazette.

Datuk Ab Rahaman berkata pihaknya turut mengaktifkan pelbagai aset termasuk 112 kereta peronda, 92 pacuan empat roda, 46 bot, 36 enjin bot, 451 jaket keselamatan, tiga jet ski serta dua kenderaan amfibia.

Ini turut termasuk helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Subang yang bersedia untuk digerakkan ke Johor jika diperlukan.

Selain itu, operasi turut disokong agensi keselamatan lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM), bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang turut menggerakkan aset masing-masing.

Setakat ini, jelasnya, tiada pembekuan cuti, namun hanya 20 peratus anggota dibenarkan bercuti pada satu-satu masa sebagai langkah memastikan kekuatan mencukupi di lapangan.

“Kepada penduduk di kawasan rendah dan hotspot dinasihatkan agar lebih peka dan bersedia untuk berpindah serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Ini kerana keselamatan diri dan keluarga adalah keutamaan. Ikut arahan PDRM dan agensi penyelamat supaya proses pemindahan dapat dilakukan dengan lancar,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg