Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis Malaysia tingkat langkah keselamatan 24 jam di kawasan utama KL

Aug 19, 2025 | 4:50 PM
Pada waktu sibuk, KL Sentral menerima hingga dua juta orang setiap hari.
Pada waktu sibuk, KL Sentral menerima hingga dua juta orang setiap hari. - Foto ST

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sedang mempertingkatkan langkah keselamatan dengan pemantauan dan penguatkuasaan 24 jam di kawasan tumpuan utama awam di ibu kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Datuk Fadil Marsus, berkata lokasi dengan trafik tinggi seperti KL Sentral, Stesen Masjid Jamek, Pasar Seni dan Tun Razak Exchange (TRX) merupakan kawasan keutamaan.

Beliau berkata inisiatif itu melangkaui rondaan fizikal dan akan melibatkan sistem pemantauan canggih serta sistem kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengukuhkan keselamatan.

“Pemantauan sepanjang masa dan penggunaan sistem berteknologi tinggi secara menyeluruh adalah penting untuk membantu kami memastikan keselamatan dan ketenteraman awam,” kata Datuk Fadil.

“Kami sedang mengenal pasti dan menaik taraf sistem yang diperlukan sambil menilai keperluan keselamatan dari masa ke masa,” tambahnya.

Datuk Fadil berkata, pemantauan CCTV sudah pun diterapkan seperti di bandar-bandar besar dunia, namun ia perlu diperluas dan dipertingkatkan lagi.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke KL Sentral pada pagi 19 Ogos.

Pemangku Pesuruhjaya, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, dan Ketua Cawangan Khas, Penolong Pesuruhjaya Kanan, Datuk Fazlisyam Abd Majid, turut mengiringi Datuk Fadil.

Lawatan bermula pada 7 pagi dan termasuk memeriksa keselamatan serta pemantauan di pusat pengangkutan rel seperti Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter. Lawatan itu turut melibatkan interaksi dengan pengguna pengangkutan awam.

Datuk Fadil berkata KL Sentral adalah salah satu titik transit yang paling penting di Lembah Klang.

“Ini adalah kawasan yang paling padat penduduknya dan sibuk di Kuala Lumpur selepas menjadi hab pengangkutan rel utama,” katanya.

“Dengan penumpang yang bertukar laluan ke destinasi lain, keselamatan dan ketenteraman awam di sini kekal menjadi keutamaan kami,” tambah Datuk Fadil.

Pada waktu sibuk – antara 7 pagi hingga 9 pagi, dan sekali lagi dari 4 petang hingga 7 petang – KL Sentral menerima hingga dua juta orang sehari. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg