Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Polis M’sia tahan pasangan suami isteri dipercayai abai anak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis M’sia tahan pasangan suami isteri dipercayai abai anak

Nov 29, 2023 | 02:26 PM



IPOH: Dua individu dipercayai ibu bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah dekat Kampung Gajah, Perak, pada 23 November lalu, ditahan polis untuk siasatan lanjut.


Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, berkata kedua-dua individu itu ditahan dalam tangkapan berasingan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

“Polis menahan lelaki terbabit pada 27 November lalu serta merampas motosikal berwarna biru serta pakaian yang digunakan lelaki itu semasa kejadian.

“Polis turut menahan seorang wanita pada Selasa dan merampas telefon bimbit. Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah untuk siasatan lanjut kes ini,” katanya dalam satu kenyataan lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Rabu.


Superintendan Hafezul Helmi berkata siasatan dilakukan di bawah Seksyen 33 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan sewajarnya.

Menurutnya, siasatan berkenaan kejadian itu masih dijalankan dan orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat atau berita tidak sahih yang boleh menggusarkan masyarakat setempat.

Polis menerima maklumat melalui pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah pada 5.39 petang, 23 November, berhubung kejadian empat beradik termasuk seorang bayi dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal kompleks berkenaan.

Ketika ditinggalkan kira-kira 10.50 pagi, ada dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan tiga tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan dan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Superintendan Hafezul Helmi berkata berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki kereta jenis Toyota.

Hasil pertanyaan ke atas seorang kanak-kanak berusia 11 tahun itu, mereka memaklumkan telah dihalau daripada sebuah rumah dekat Bota, Perak, sebelum dihantar ke kompleks berkenaan menaiki kereta bersama wanita tidak dikenali itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, dilaporkan berkata empat beradik berkenaan telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan kini di bawah jagaan JKM di Rumah Perlindungan Gopeng, Perak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >