Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayi doktor maut setelah tertinggal 10 jam dalam kereta di parkir hospital KL

Oct 6, 2023 | 12:03 PM
TRAGEDI: Kejadian berlaku selepas ibu mangsa, yang juga seorang doktor, tersilap ingat dan menyangka sudah menghantar bayinya ke taska sebelum ke tempat kerja. 
TRAGEDI: Kejadian berlaku selepas ibu mangsa, yang juga seorang doktor, tersilap ingat dan menyangka sudah menghantar bayinya ke taska sebelum ke tempat kerja.  - Foto fail

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan disahkan meninggal dunia selepas tertinggal kira-kira 10 jam di dalam kereta ibunya dari pagi hingga petang di kawasan meletak kenderaan Hospital Canselor Tunku Muhriz (HTCM), Cheras, di sini pada Khamis.

Kejadian berlaku selepas ibu mangsa yang juga seorang doktor, tersilap ingat dan menyangka sudah menghantar bayinya ke taska sebelum ke tempat kerja, lapor BH Online Malaysia.

Difahamkan, mangsa adalah anak kedua daripada tiga beradik.

Ketua Polis Daerah Cheras, Penolong Pesuruhjaya Zam Halim Jamaluddin, berkata terdahulu pegawai perubatan HTCM menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 5.53 petang.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada hari sama.

“Hasil siasatan awal mendapati pada jam 7.20 pagi, ibu mangsa meletakkan mangsa di bahagian belakang penumpang sebelah kiri di dalam kereta untuk dihantar ke taska.

“Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja dengan anggapan mangsa sudah dihantar ke taska,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Zam Halim berkata, ibu mangsa hanya menyedari mangsa masih berada di dalam keretanya pada petang hari sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg