Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat lebih 3,000 kes isu kaum, agama dan diraja

Nov 27, 2023 | 3:33 PM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto fail

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah membuka lebih 3,000 kertas siasatan (IP) berkaitan isu 3R (kaum, agama dan diraja) di media sosial antara 2020 dengan Ogos 2023, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam satu jawapan bertulis Parlimen, Menteri Dalam Negeri itu berkata polis tetap komited untuk memantau isu berkaitan 3R dan akan menjalankan siasatan jika laporan polis dibuat.

Pihak berkuasa, tambahnya, juga akan menyiasat sebarang laporan sedemikian jika terdapat unsur berkaitan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, antara lain, bagi mengelakkan tindakan itu berulang dan mengganggu ketenteraman dan keamanan awam.

“Bermula 2020 hingga Ogos 2023, sebanyak 3,095 IP telah dibuka berhubung tindakan sedemikian di media sosial,” katanya menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang).

Syed Ibrahim meminta pihak kementerian agar memberi perangkaan dan kes terkini berhubung kenyataan membabitkan fitnah dan yang disifat memecahbelahkan kaum yang dibuat oleh pemimpin politik dan masyarakat.

Menurut Datuk Saifuddin, daripada jumlah keseluruhan kes itu, 306 kertas siasatan (10 peratus) adalah berkaitan institusi Diraja; 127 kertas siasatan (4 peratus) melibatkan isu perkauman; manakala 241 kertas siasatan (8 peratus) membabitkan agama.

“Sekitar 442 kertas siasatan (14 peratus) adalah berkaitan dengan pentadbiran keadilan, manakala baki 1,979 kertas siasatan (64 peratus) telah menyentuh perkara lain,” tambah beliau.

Sebelum ini, Datuk Saifuddin pernah berkata di Parlimen pada Oktober bahawa kertas siasatan itu termasuk bagi kes melibatkan ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak, iaitu kerajaan dan pembangkang.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini pula menafikan dakwaan siasatan terpilih ke atas kes 3R.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, baru-baru ini menyatakan bukan semua perkara yang disentuh berkaitan isu 3R adalah satu bentuk kesalahan, selagi ia tidak melanggar mana-mana peruntukan dalam undang-undang. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg