Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat motif bendera M’sia diturunkan, diganti bendera Sabah, Sarawak di Parlimen Australia

Sep 24, 2024 | 1:38 PM
Video memaparkan sekumpulan individu menurunkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang di depan bangunan Parlimen di Victoria, Melbourne, Australia dan menggantikannya dengan menaikkan bendera Sabah dan Sarawak.
Video memaparkan sekumpulan individu menurunkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang di depan bangunan Parlimen di Victoria, Melbourne, Australia dan menggantikannya dengan menaikkan bendera Sabah dan Sarawak. - Foto tangkap layar FACEBOOK DEMIRAKYAT CHANNEL

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penularan video memaparkan Jalur Gemilang iaitu bendera Malaysia diturunkan sebelum diganti dengan bendera Sabah dan Sarawak.

Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di Melbourne, Australia, pada 16 September lalu, kononnya sebagai simbolik penamatan penjajahan Malaysia ke atas kededua negeri itu serta menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai republik.

“Polis menerima 35 laporan mengenai penyebaran video itu dengan 34 daripadanya dibuat di Sabah dan satu di Kuala Lumpur,” katanya, lapor portal Malaysiakini.

Beliau berkata siasatan mendapati video itu ditularkan oleh pemilik akaun media sosial beralamat di Sabah yang memiliki dua rekod jenayah membabitkan Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tan Sri Razarudin berkata lelaki itu sedang dibicarakan di Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah, namun bebas dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 ($926) sementara menunggu sebutan semula kes pada November ini.

“Kita sedang siasat hubungan antara suspek dengan individu yang dirakam melakukan perbuatan berkenaan (menurunkan bendera),” katanya.

Terdahulu, video selama lapan minit 13 saat itu tular memaparkan tindakan sekumpulan individu dipercayai warga Malaysia menurunkan Jalur Gemilang, sebelum menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang di depan bangunan Parlimen di Victoria, Melbourne.

Video itu dimuat naik Facebook DemiRakyat Channel pada 20 September lalu.

Tindakan itu mendapat reaksi pelbagai warganet dengan sebilangan besar mereka termasuk anak Borneo (Sabah dan Sarawak) menegaskan mereka tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan terbabit dan menyifatkannya sebagai tindakan yang cuba memecahbelahkan perpaduan.

Warganet juga menggesa PDRM menyiasat dan mengambil tindakan ekoran tindakan provokasi kumpulan itu. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg