Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Polis siasat pengguna TikTok ugut bunuh Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis siasat pengguna TikTok ugut bunuh Anwar

Nov 27, 2023 | 12:50 PM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sedang menjalankan siasatan berkait kes ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh seorang individu di aplikasi TikTok, pada Ahad pagi.


Video dimuat naik individu yang menawarkan RM5 juta ($1.43 juta) kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli sebuah parti politik tular di media sosial sejak Ahad pagi. Namun, video tersebut sudah dipadamkan.

Berita Harian Malaysia (BHM) pada Ahad melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (gambar sisipan), berkata setakat ini pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


Beliau berkata maklumat lanjut mengenai laporan kes terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Encik Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata wakil AMK cabang Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung video ugutan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada 1.43 tengah hari, Ahad.

“Video dimuat naik di aplikasi TikTok oleh akaun Jaiadani89 itu telah membuat ugutan terhadap Perdana Menteri iaitu menawarkan habuan RM5 juta kepada sesiapa yang membunuh beliau,” katanya lapor BHM pada Ahad.

Encik Muhammad Kamil menggesa polis agar segera menjalankan siasatan lanjut dan bertindak tegas terhadap individu tidak bertanggungjawab itu yang dilihat boleh mengganggu gugat keselamatan serta keharmonian.

Beliau juga khuatir sekiranya perkara itu dibiarkan, lebih ramai individu tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya membuat kenyataan menghasut orang awam untuk membuat ancaman bunuh dan mencetuskan budaya ekstremis.

Pada 27 April 2023, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun selepas disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Datuk Anwar selaku Perdana Menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >