Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Purata 15 kes penipuan pelaburan baru disiasat di M’sia setiap hari

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Purata 15 kes penipuan pelaburan baru disiasat di M’sia setiap hari

Nov 21, 2023 | 01:17 PM



KUALA LUMPUR: Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan secara purata sebanyak 15 kes penipuan pelaburan baru disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) setiap hari.


Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mengikut rekod sebanyak 4,435 kertas siasatan kes pelaburan itu dibuka membabitkan nilai kerugian RM364.5 juta ($104.76 juta) sepanjang tempoh Januari hingga Oktober.

Katanya, apa yang membimbangkan, nilai kerugian itu bersamaan dengan 20 peratus daripada nilai kerugian keseluruhan kes jenayah komersial iaitu RM1.824 bilion yang direkodkan pada 2023.

“Daripada 4,435 kes pelaburan tidak wujud yang disiasat bagi tempoh Januari hingga Oktober 2023, 4,051 kes adalah berkenaan pelaburan dalam talian manakala bakinya, 384 kes adalah pelaburan secara bersemuka.

“Secara perbandingan, kes pelaburan tidak wujud yang dicatatkan bagi Januari hingga Oktober tahun ini (2023) merekodkan peningkatan 1,557 kes, bersamaan 54.1 peratus berbanding tempoh sama pada 2022.

“Jumlah kerugian yang turut merekodkan peningkatan sebanyak RM176,232,864.45 atau bersamaan dengan 93.6 peratus,” katanya dalam sidang media pada Isnin, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Ramli berkata kes penipuan pelaburan dikategorikan kepada dua modus operandi utama iaitu pelaburan secara dalam talian dan pelaburan secara bersemuka.

“Pelaburan dalam talian merujuk kepada kaedah pelaburan yang menggunakan media sosial seperti Telegram, WhatsApp, Facebook dan Instagram untuk mencari dan berurusan dengan pelabur.

“Bagi pelaburan secara bersemuka, pelabur akan berjumpa dan berurusan secara terus dengan agen mahupun wakil syarikat yang menguruskan pelaburan terbabit,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Datuk Ramli berkata analisis demografi mendapati kebanyakan mangsa yang menjadi mangsa penipuan pelaburan adalah dalam kalangan mereka yang berusia antara 31 dengan 40 tahun.

“Dapatan itu berdasarkan jumlah laporan polis yang diterima sepanjang Januari hingga Oktober lalu yang menunjukkan 1,099 laporan polis diterima daripada mangsa dalam kategori umur berkenaan.

“Jumlah kes membabitkan kategori lain pula, 15 hingga 20 tahun (124 kes), 21 hingga 30 tahun (835 kes), 41 hingga 50 tahun (953 kes), 51 hingga 60 tahun (815 kes) dan 60 tahun ke atas (609 kes).

“Berpandukan analisis ini, mereka yang berada dalam lingkungan umur 41 hingga 50 tahun dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan lebih berwaspada apabila melakukan urusan berkaitan pelaburan,” ujarnya.

Bagi kategori pekerjaan mangsa pula, Datuk Ramli berkata individu yang bekerja di sektor swasta merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,880 kes, diikuti penjawat awam (298 kes), bekerja sendiri (390 kes), suri rumah (762 kes), pesara (514 kes) dan tidak bekerja (592 kes).

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 540 kes atau 12 peratus kes sudah berjaya dituduh di mahkamah, setakat ini.


Datuk Ramli berkata penipuan pelaburan semakin berleluasa pada 2023.

“Sementara pihak berkuasa memainkan peranan mereka, saya menggesa orang ramai supaya berwaspada dan berhati-hati dengan sebarang tawaran pelaburan, terutama yang menjanjikan pulangan tinggi dan pantas.

“Sahkan sebarang peluang pelaburan dengan pihak berkuasa berkaitan. Jika tawaran pelaburan terlalu baik untuk menjadi kenyataan, maka berwaspalah,” nasihat beliau, lapor The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >