Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat pelancongan haram di Cameron Highlands diroboh

Aug 6, 2024 | 1:03 PM
Anggota penguat kuasa merobohkan Cameron Santorini di pusat pelancongan Cameron Highlands, Pahang, yang dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.
Anggota penguat kuasa merobohkan Cameron Santorini di pusat pelancongan Cameron Highlands, Pahang, yang dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan. - Foto FACEBOOK MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

KUANTAN (Pahang): Pusat pelancongan Cameron Santorini yang menjadi tarikan di Cameron Highlands, Pahang, dirobohkan kerana dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Tindakan penguatkuasaan tegas merobohkan binaan haram itu diambil oleh Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mengikut Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan di bawah Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Dalam satu kenyataan MDCH memaklumkan, operasi pada 5 Ogos itu bermula 9 hingga 11.30 pagi diketuai Yang Dipertua MDCH, Encik Azmil Hadid Maznan.

Turut serta kakitangan petugas Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands dan Tenaga Nasional Berhad.

“Tindakan penguatkuasaan ini diharap dapat menjadi iktibar dan peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan agar mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan semasa,” menurut kenyataan itu, lapor Berita Harian Malaysia.

Pusat pelancongan itu yang menjadi pilihan pengunjung untuk berswafoto dan bergambar dengan pemandangan cantik, terutama dari segi reka bentuk bangunan dan landskap, mengenakan tiket masuk RM40 ($11.85) untuk dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak.

Baru-baru ini, Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah, melahirkan rasa dukacita dengan penjajahan tanah secara berleluasa oleh warga asing di Cameron Highlands.

Sultan Abdullah berkata penerokaan itu berleluasa dan secara terbuka disebabkan kurang nilai integriti oleh pihak yang diamanahkan menguatkuasaan undang-undang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg