Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Rakaman dron tunjuk kesan teruk banjir Kota Tinggi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rakaman dron tunjuk kesan teruk banjir Kota Tinggi

Jan 05, 2024 | 05:34 PM



Umpama bandar separuh tenggelam di tasik.

Banjir yang melanda Kota Tinggi yang dirakam menerusi dron menunjukkan betapa teruknya kesan hujan berterusan di daerah di Johor itu.

Rakaman tersebut, diterbit jurugambar dan juruvideo bernama Kaiba Matsu menunjukkan bagaimana jalan raya yang hampir lesap dari pandangan, dek paras air tinggi banjir kilat yang melanda Taman Aman, Kota Kecil.

Beberapa remaja kelihatan sedang berdiri di tengah jalan raya, seolah berada di atas pulau kecil dikelilingi lautan lumpur.







Deretan rumah teres kelihatan separuh tenggelam.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3 Januari mengeluarkan ramalan bahawa berdasarkan analisis model-model cuaca, angin timur yang tertumpu, dijangka berlaku di beberapa wilayah Malaysia, antaranya selatan Semenanjung, Sarawak dan timur Sabah hingga 7 Januari.







“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

Lantaran itu ia juga pada awalnya, mengeluarkan amaran hujan berterusan di peringkat waspada melibatkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi di Johor, berkuat kuasa sehingga 4 Januari.

Pada 4 Januari 10 malam pula, MetMalaysia mengeluarkan amaran bahawa Kota Tinggi, diikuti dengan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, disenaraikan sebagai kawasan negeri Johor yang diramal mengalami hujan lebat berterusan pada tahap buruk hingga 7 Januari.

Ini termasuk Pekan dan Rompin di Pahang.

Tengah hari keesokan hari, jabatan itu menyatakan lagi, Kota Tinggi dan Mersing disenarai mengalami hujan berterusan pada tahap buruk sehingga 7 Januari.







Warga net dalam video diterbit pada 4 Januari itu menyatakan bagaimana keadaan itu satu kebiasaan setiap tahun apabila musim hujan hujung dan awal tahun tiba.

“Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata ramai pengguna dalam ruang komen.

“Johor Bahru hujan dari semalam, ni pun tak berhenti-henti lagi,” sambung seorang pengguna bernama nadiamustafa.




@kaibamatsu90

Taman Aman kota tinggi lumpuh harini disebabkan banjir kilat,view dari drone keseluruhan banjir. #kaibamatsuphotography #fbkaibamatsu #banjir2024 #fypシ゚viral #reels__tiktok

♬ Berita Kepada Kawan - Jihan witta



Data terkini daripada portal Info Bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan seramai 1,512 mangsa di Johor, merangkumi 395 keluarga sehingga 5 petang, 5 Januari, naik sekitar 30 peratus daripada 1,024 mangsa pada 4 Januari 8 malam.

Sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di beberapa daerah di Johor, dan separuh berada di Kota Tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >