Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rakyat M’sia terpaksa kurang belanja, lancong dek ringgit merosot

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rakyat M’sia terpaksa kurang belanja, lancong dek ringgit merosot

Nov 19, 2023 | 05:31 AM



Kemerosotan mendadak dalam nilai mata wang ringgit, yang mencecah paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat dan juga berbanding dolar Singapura pada Oktober, telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan keluarga dan perniagaan di Malaysia.

Ringgit berlegar pada paras terendah dalam tempoh 25 tahun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, mencecah hampir 4.8 kepada setiap dolar Amerika pada Oktober, terendah sejak krisis kewangan Asia 1998 apabila ia mencecah paras terendah bersejarah 4.885 kepada setiap dolar Amerika.

Dolar Singapura pula melonjak kepada 3.5086 berbanding ringgit pada 24 Oktober. Sebelumnya, ia mencecah paras 3.5 pada 23 Oktober, menurut data Bloomberg.


Kemerosotan terkini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia, yang kebanyakannya terpaksa menyekat rancangan perjalanan ke luar negara dan kini terpaksa pula berbelanja lebih apabila membeli barangan import.

Suri rumah Cik Melissa Lim, 45 tahun, dari Kuala Lumpur, berkata keluarganya telah merancang bercuti di Singapura, tetapi membatalkan idea itu kerana kadar pertukaran mata wang yang tidak menguntungkan bagi ringgit.

“Ia sangat mahal. Penginapan satu malam (di Singapura) akan menelan kos sekurang-kurangnya RM1,000 ($288) buat empat orang,” kata Cik Lim kepada The Straits Times (ST).


Selain melancong, rakyat Malaysia juga terpaksa berbelanja lebih untuk membeli barangan seperti makanan kerana kejatuhan ringgit. Harga makanan di Malaysia meningkat 3.9 peratus dari tahun ke tahun pada September.

Menambah kepada tekanan inflasi, pemilik perniagaan makanan kecil terpaksa menaikkan harga berikutan kenaikan kos bahan di negara yang banyak mengimport bahan makanan – membeli barangan makanan asing bernilai kira-kira RM79 bilion pada 2021.

Cik Nicole Nadia, 38 tahun, yang menjual produk makanan sedia dimakan dari rumah seperti sotong sambal pedas, berkata harga bahan mentah import produknya meningkat secara mendadak.

“Kami tiada pilihan selain menaikkan harga mengikut harga semasa bahan mentah. Ini adalah kali pertama kami (terpaksa) melakukan ini sejak kami memulakan perniagaan kami pada 2021,” katanya kepada ST.

Harga sotong kering dari Vietnam naik daripada RM36 sekilogram kepada RM50, manakala harga pes cili yang diperbuat daripada cili kering yang diimport dari India dan Thailand meningkat daripada RM5 kepada RM7 sekilogram, katanya.

“Ia mungkin kelihatan seperti beberapa ringgit sahaja, tetapi apabila kami menambah bahan lain yang kami beli, perbezaannya amat ketara.”

Sotong sambalnya dulu berharga RM16 bagi setiap 250g, tetapi terpaksa dinaikkan harga kepada RM20.

Sesetengah syarikat yang mengimport barangan telah mengalami kerugian kerana kenaikan dolar dan kadar pertukaran yang sentiasa berubah-ubah.

“Kos membawa masuk perkakas untuk perniagaan telah meningkat dan kenaikan dolar Amerika bermakna sebut harga yang kami terima sebelum ini tidak sah lagi,” kata Cik Sue T., yang bekerja di syarikat teknologi maklumat (IT) yang mengimport perkakas IT seperti mikrofon.

“Apabila bidaan untuk tender mengambil masa lebih lama dan tiba masanya tawaran atau tender itu dimenangi, dolar Amerika telah meningkat semula. Penimbal (buffer) yang kami sediakan tidak dapat menampung kos,” katanya.


Beliau menjelaskan bahawa apabila membida projek lebih besar, perbezaan kecil dalam pertukaran mata wang boleh menyebabkan kerugian.

“Katakanlah anda membuat pesanan pada harga RM4.4 untuk AS$1 dan anda memasukkan penimbal (sehingga) RM4.5, bermakna anda bersetuju untuk menyerap perbezaan jika ia berubah-ubah sebanyak itu. Tetapi sekarang dolar Amerika ialah RM4.7, jadi ia memakan keuntungan kami.”

Kadar pertukaran itu juga telah memberi kesan kepada kuasa perbelanjaan peribadinya, seperti yang didapatinya semasa lawatan ke Thailand baru-baru ini.

“Nilai ringgit telah susut begitu banyak. Malah, melancong ke negara jiran seperti Thailand telah ‘membakar lubang besar dalam poket saya’ dengan nilai ringgit yang semakin lemah,” katanya.

Pemilik perniagaan lain serta pengusaha hotel juga mengalami kemerosotan akibat ringgit lebih rendah, kerana keuntungan berkurangan dengan orang ramai juga menjadi lebih berhati-hati dengan perbelanjaan mereka.

Walaupun menghadapi cabaran ekonomi akibat ringgit yang lebih lemah, kerajaan Malaysia menyatakan pihaknya tidak bercadang untuk menambatnya kepada dolar Amerika, seperti yang berlaku semasa krisis 1998.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia yang juga timbalan setiausaha agung Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia, Encik Sri Ganesh Michiel, berkata kebanyakan barangan yang digunakan dalam operasi perniagaan diimport dari negara lain dan oleh itu menjadi lebih mahal.

“Apabila ringgit lemah, kos operasi kami meningkat. Pelabur juga menjadi lebih berhati-hati, mereka bimbang. Kita perlu pastikan mata wang kita sentiasa kukuh. Ia menjejaskan pemikiran pelabur,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >