Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakyat semakin terima gabungan PH, BN: Anwar

Aug 8, 2023 | 2:30 PM
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM: Optimis keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan memihak kepada gabungan PH-BN.
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM: Optimis keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan memihak kepada gabungan PH-BN. - Foto EPA-EFE

NIBONG TEBAL (Pulau Pinang): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sentimen penerimaan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini semakin meningkat berbanding setahun lalu.

Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi PH itu berasa optimis keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan memihak kepada gabungan PH-BN.

Presiden PKR itu juga berkata orang ramai juga sudah bijak dan mampu menilai kesahihan berhubung fitnah membabitkan ancaman terhadap Islam yang sering dimainkan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

“Dulu dia (rakyat) dengar semua yang negatif, ‘Anwar akan tarik balik hak Islam’ dan (sentimen) ini dijadikan fitnah hingga menjadi budaya serta orang percaya.

“Sebahagiannya sudah tengok (dakwaan berkaitan Islam tergugat) tak jadi. Pelajar tidak pakai skirt pun sekarang. Jadi saya ingat itu mengubah (penerimaan orang ramai).

“Ada orang yang dulunya kata baik dengan PH tetapi percaya pada tohmahan yang kita akan menjadi alat kepada DAP untuk menentang Islam, jadi sekarang terbukti tidak,” katanya ketika ditemui selepas beramah mesra bersama masyarakat Sungai Bakap di sini pada Selasa, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Turut hadir termasuk Menteri Pendidikan merangkap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Cik Fadhlina Sidek.

Sementara itu, Datuk Anwar menempelak tindakan PN yang terus menggunakan slogan ‘Bersih’ sedangkan gabungan itu terpalit dengan pelbagai skandal rasuah membabitkan nilai yang sangat besar.

“Dia (PN) kata ‘Bersih’ itu tiada sebab. Seperti kita ketahui, kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (membabitkan) menantu kepada calon Perdana Menteri mereka pun sudah lari.

“Mana boleh, kalau ada bukti, siasat dan dakwa. Kalau dia rasa tak bersalah, dia pertahankanlah. Lari bukan contoh yang baik.

“Kamu kena jagalah kerana jumlah (kes) yang dikaitkan dengan rasuah itu banyak. Jadi soal bersih, PN tak boleh guna bersih kerana mereka terlalu terpalit dengan (skandal) rasuah besar,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg