Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan stabil tarik pelabur asing, tambah peluang pekerjaan: Anwar

Tolak dakwaan Sanusi bawa masuk pelaburan firma Jerman ke Kedah
Aug 06, 2023 | 09:40 AM



KUALA LUMPUR: Kestabilan politik yang diadakan oleh kerajaan perpaduan dan dasar ekonomi yang jelas telah memikat pelaburan asing ke Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perkembangan ini membolehkan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat, kata beliau lagi.

Datuk Anwar berkata kemajuan ini boleh dilihat baru-baru ini, selepas beberapa pelaburan asing baru diumumkan, termasuk Tesla, yang telah meluahkan hasrat membuka ibu pejabat serantau di Cyberjaya.

“Saya bertemu Geely (syarikat perusahaan kereta Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd) di Beijing dan 10 hari lalu, mereka mengirimkan surat dan bersetuju menjadikan Tanjung Malim di Perak sebagai Lembah Automotif Teknologi Tinggi bagi Asia Tenggara, bagi tujuan eksport… mereka melabur RM10 bilion ($2 bilion),” kata Datuk Anwar, semasa bercakap dengan rakyat pada Sabtu malam, di ceramah Madani di Kampung Melayu, George Town di Pulau Pinang. 

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga pengerusi Barisan Nasional; Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan pengerusi nasional Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng.

Datuk Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, juga menolak dakwaan pelaburan dari syarikat semikonduktor Jerman, Infineon Technologies AG dibawa masuk ke Kulim, Kedah oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sebaliknya, Datuk Anwar berkata pelaburan itu dipikat melalui usaha kerajaan federal.

“Sanusi kata beliau membawa masuk pelaburan hasil perbincangan dua tahun lalu… inilah masalah bermain politik. Saya hendak memberitahu beliau, Infineon bertemu saya dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz dan memberitahu kami mereka berhasrat melabur dalam Kulim High Tech.

“Ia adalah projek kerajaan federal. Syarikat itu telah melahirkan hasrat untuk melabur sejak beberapa bulan lalu, tetapi tidak dapat memutuskan untuk melabur di Malaysia kerana mereka belum memilih sama ada untuk melabur di Malaysia, Amerika Syarikat, Eropah atau negara lain. Tetapi mereka bertanya saya sama ada negara ini stabil dari segi politik.  Saya berkata negara ini stabil dan keadaan ini akan terus sedemikian dalam tempoh lima tahun akan datang sehingga pilihan raya selanjutnya. 

“Empat hari lalu, mereka memutuskan untuk membuat pelaburan di Malaysia, tetapi Sanusi berkata syarikat itu memberitahunya dua tahun lalu mereka akan melabur di sini.

“Beliau boleh melihat kenyataan lembaga syarikat itu, yang memutuskan untuk melabur 5 bilion euro ($7.3 bilion) di Malaysia, empat hari lalu,” kata beliau lagi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >