Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja ditangkap tunggang basikal ubah suai diarah ‘ketuk ketampi’ 

Jan 2, 2025 | 2:09 PM
Kira-kira 20 remaja yang ditangkap dengan basikal yang diubah suai atau basikal lajak, di sekitar Kuala Lumpur dihukum ketuk ketampi 100 kali.
Kira-kira 20 remaja yang ditangkap dengan basikal yang diubah suai atau basikal lajak, di sekitar Kuala Lumpur dihukum ketuk ketampi 100 kali. - Foto TANGKAP LAYAR @MAJORITIOFFICIAL/INSTAGRAM

Remaja yang ditangkap bermain basikal lajak (basikal diubah suai) di Kuala Lumpur baru-baru ini tidak dikeluarkan saman oleh polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebaliknya mereka dipaksa melakukan ketuk ketampi.

Video yang tular, dikongsi Majoriti Official di laman Instagram mereka pada 1 Januari, menunjukkan sekumpulan remaja – dipercayai di bawah umur – dihukum oleh anggota polis trafik semasa operasi di Kuala Lumpur.

Kira-kira 20 remaja dilihat mengikut arahan seorang anggota polis trafik, disaksikan beberapa polis dan pegawai lain yang bertugas.

Remaja terbabit dipercayai ditahan anggota polis trafik kerana menunggang basikal di sekitar ibu negara itu. Kelihatan deretan basikal berada di belakang mereka.

Basikal lajak ialah basikal yang pemegangnya diturunkan ke paras yang sama dengan tempat duduk. Basikal itu biasanya tidak mempunyai brek atau lampu bagi menambah keseronokan penunggangnya, tetapi ini menimbulkan bahaya kepada pemandu lain.

Pemegang yang diturunkan akan membolehkan penunggang berbaring rata di atas tempat duduk dengan tangannya di pemegang apabila basikal bergerak pantas, dalam apa yang dipanggil gerakan ala “superman”.

View post on Instagram
 

Insiden ketuk ketampi yang jarang berlaku itu memberi peluang kepada mereka yang berdekatan melihat dan merakamkan detik itu dengan telefon bimbit mereka. 

Operasi bersepadu itu dijalankan sempena sambutan Tahun Baru, disertai Jabatan Polis Trafik Kuala Lumpur dan JPJ bagi memastikan trafik lancar di Kuala Lumpur sehingga awal pagi.

Operasi itu bertujuan untuk membendung lumba haram, samseng jalan raya, dan aktiviti yang melanggar undang-undang jalan raya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg