Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

‘Roti pocong’ di bazar M’sia: Harga lebih menakutkan, kata warganet

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Roti pocong’ di bazar M’sia: Harga lebih menakutkan, kata warganet

Mar 20, 2024 | 03:27 PM



PAROI: Harganya kalau pocong tengok pun dia boleh bangun balik!

Demikian dinyatakan seorang pengguna di TikTok bernama Lynx mengenai sajian dinamakan Roti Pocong, yang dijual di sebuah bazar di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Juadah itu berbentuk bungkusan roti yang seakan-akan menyerupai pocong, iaitu sejenis kelibat seram, atau hantu yang terkenal dengan rupanya dibungkus kain kafan dan sering ditampilkan dalam filem-filem seram.

Selain menarik perhatian warga net terhadap idea yang agak aneh itu, apa sebenarnya yang lebih mengejutkan adalah harganya yang ditetapkan pada RM10 ($2.83) sebungkus.

Ini dikongsi menerusi satu video yang tular di platform media sosial TikTok oleh pengguna bernama YusriBaharin, yang telah mencatatkan lebih 550,000 tontonan.

Video lima saat itu menunjukkan beberapa keping juadah itu, menyerupai bungkusan roti terletak di atas dulang besi sebelum individu yang merakam video tersebut berpaling ke arah hiasan gerai itu yang menyerupai pocong.

“Roti pocong tu, inti tanah kubur ke? Mahal betul?” kata seorang pengguna bernama N A M I.

Pengguna lain di ruang komen pula menyatakan mereka terkejut apabila terlihat satu hiasan menyerupai hantu tersebut terletak di depan gerai itu.

Media tempatan terdahulu melaporkan juadah tersebut telah menjadi tarikan orang ramai.

Ia diusahakan dua anak muda dari Senawang, Negeri Sembilan, Encik Muhammad Firdaus Kamaruddin, 38 tahun, dan rakannya, Encik Mohd Yusri Baharin, 36 tahun. Encik Mohd Yusri memiliki akaun TikTok yang memuat naik video viral tersebut.

Kedua-dua peniaga tersebut mahu menawarkan sajian yang berbeza daripada peniaga lain memandangkan juadah seperti martabak merupakan satu makanan yang sering dijual di bazar Ramadan dan perlu bersaing dengan peniaga lain.

Bagaimanapun, apabila dihubungi Berita Harian untuk mengulas tentang komen warganet itu, Encik Mohd Yusri, berkata video yang dimuat naiknya itu di TikTok tidak menunjukkan rupa sepenuhnya juadah yang dijual itu.


“Roti tu tak siap lagi,” katanya, yang berniaga di bazar itu berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sehingga 27 Mac.

Encik Mohd Yusri menjelaskan inti juadah itu adalah daging cincang barbeku yang kemudian dibalut dengan telur serta roti canai, atau lebih dikenali sebagai roti perata di Singapura.

“Yang di atas meja itu sampai di situ sahaja,” katanya sambil menambah terdapat beberapa bahan lain yang belum diletak pada makanan itu.

Menurutnya, setelah pelanggan membuat pesanan, beberapa potongan keju akan diletak di atas roti pocong itu dan kemudian dibakar hingga ia cair.

Pelanggan juga diberi pilihan tiga sos untuk dimakan bersama, iaitu sos carbonara, sos pedas ala Korea dan sos lada hitam.







Encik Mohd Yusri mengandaikan bahawa warganet yang membuat aduan terhadap harga RM10 itu, menganggap sajian yang dilihat di video tersebut adalah rupa bentuknya yang akhir, lantas membuat sajian itu kelihatan tidak berbaloi.

Namun sebenarnya, masih ada lagi bahan yang perlu diletak padanya.

“Saya harap macam itulah hakikatnya,” kata Encik Mohd Yusri lagi sambil tergelak juga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >