Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pengguna dron rakam suasana meriah bazar Raya di Kota Tinggi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengguna dron rakam suasana meriah bazar Raya di Kota Tinggi

Mar 15, 2024 | 02:24 PM



Beberapa puluh khemah didirikan sepanjang jalan. Kedengaran pula keriuhan penduduk memilih sajian untuk berbuka puasa.

Boleh dibayangkan bau asap daripada bara yang digunakan untuk menyediakan makanan yang bakal dinikmati sesama keluarga.

Demikian secebis suasana meriah bazar Raya di Kota Tinggi yang dapat dinikmati menerusi video rakaman dron oleh seorang penduduk di situ yang dikenali sebagai Kaiba Matsu.

Video tersebut, dimuat naik di platform media sosial TikTok menunjukkan suasana bazar tersebut yang terletak di Jalan Maju, Taman Mawai Jaya, Kota Tinggi, Johor, Malaysia berhampiran pusat beli-belah KIPMall Kota Tinggi.

Dalam ruang komen seorang pengguna bernama Inamaya78 berkata:

“Wow... meriahnya. Selamat berpuasa di bulan Ramadan.”

Sementara itu seorang pengguna bernama Zue@JAI, dipercayai seorang peniaga di bazar tersebut berkata:

“Kami niaga kat belakang Hotel Seri Kota... Alhamdulillah bazar penuh.”

Individu di balik rakaman tersebut yang memiliki akaun Kaiba Matsu ialah Encik Mohd Ridwan Ramli, 34 tahun, seorang penduduk Kota Tinggi yang telah membesar dan hidup di daerah itu sehingga kini.

Beliau terdahulu terkenal atas rakaman-rakaman dronnya yang lain seperti pantai-pantai jarang dikunjungi di kawasan pesisiran timur Johor, suasana aman persekitaran Kota Tinggi, serta kesan banjir yang teruk pada hujung tahun 2023.

Penjawat awam dan bapa seorang anak lelaki itu memberitahu Berita Harian beliau mula berkecimpung dengan hobi berkenaan sejak 2020, sebelum Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 bagi menyekat penularan virus itu.


Tujuannya adalah untuk meneroka persekitaran tempat tinggalnya di Kota Tinggi serta daerah Johor yang kurang diketahui.







“Saya jatuh cinta dengan dunia dron kerana gambaran dari atas menunjukkan seluruh kawasan yang cantik seperti pantai dan pulau serta bandar raya,” katanya kepada BH.

Mengulas pula tentang video bazar itu, beliau berkata video itu dirakam pada hari pertama berpuasa pada 12 Mac.

“Tujuannya saya nak rakamkan kenangan kemeriahan warga Kota Tinggi sambut Ramadan dan raya,” katanya.

“Ramai habis orang yang datang pada pembukaan bazar itu sehinggakan jalan sesak.”

Bagaimana pun bazar tersebut dibuka pada waktu petang sahaja dan tutup pada jam 6 petang.

“Suasana nya meriah ramai org datang jualan murtabak dan air teh dharka dan macam macam lagi,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >