SPH Logo mobile
Langgan|

RTM minta maaf tersilap kenal pasti dua pemimpin dalam sidang Asean

RTM minta maaf tersilap kenal pasti dua pemimpin dalam sidang Asean

Oct 27, 2025 | 2:58 PM

RTM minta maaf tersilap kenal pasti dua pemimpin dalam sidang Asean

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah silap mengenal pasti Presiden Indonesia, Presiden Prabowo Subianto; dan Perdana Menteri Singapura, Encik Lawrence Wong, semasa siaran langsung Persidangan Asean di saluran itu.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah silap mengenal pasti Presiden Indonesia, Presiden Prabowo Subianto; dan Perdana Menteri Singapura, Encik Lawrence Wong, semasa siaran langsung Persidangan Asean di saluran itu. - Foto ST

PETALING JAYA- Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengeluarkan permohonanan maaf yang kedua kerana tersilap mengenal pasti seorang pemimpin negara asing dalam siaran langsung saluran itu semasa Sidang Kemuncak Asean yang ke-47 dan Sidang Puncak Berkaitan pada 26 Oktober di Kuala Lumpur.

Beberapa jam selepas kesilapan mengenal pasti Presiden Indonesia, RTM memohon maaf kerana tersilap mengecam Perdana Menteri Singapura, Encik Lawrence Wong, sebagai pendahulunya, Encik Lee Hsien Loong.

“RTM mengambil serius kejadian ini, tindakan wajar akan diambil. RTM memohon maaf kepada Perdana Menteri dan pemerintah Singapura yang terkesan dengan kesilapan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada 26 Oktober, lapor The Straits Times.

Menurut RTM, ia akan mempertingkatkan pengawasan editorial dan juga menyemak fakta untuk memastikan semua maklumat yang disiarkan tepat.

Pada petang yang sama, komentar siaran RTM tersalah sebut nama Presiden Indonesia, iaitu Presiden Prabowo Subianto dengan pendahulunya, Encik Joko Widodo.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg