Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Rumah ibu bapa menteri di Perak ditaburi nota ugutan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rumah ibu bapa menteri di Perak ditaburi nota ugutan

Ibu rayu ‘politik adalah politik, tolonglah jangan gunakan cara begini untuk ugut orang tua’
Mar 07, 2024 | 04:26 PM



MANJUNG (Perak): Rumah ibu bapa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Encik Nga Kor Ming, di Jalan Ling Sing Hang dekat Ayer Tawar di sini, ditaburi nota ugutan pada awal pagi 7 Mac.


Ketua Polis Daerah Manjung, Penolong Pesuruhjaya (AC) Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu Encik Nga yang berusia 76 tahun berhubung kejadian itu pada 10.15 pagi.

Beliau berkata kertas di depan rumah pengadu tertera tulisan ‘Nga Kor Ming jangan cabar Islam’.

“Pengadu menyatakan dia melihat banyak kertas dengan tulisan terbabit semasa keluar dari rumah pada 7.30 pagi.

“Pengadu percaya perkataan itu mempunyai niat yang tidak baik. Sehubungan dengan itu, usaha mengesan suspek kini giat dilakukan. Punca kejadian belum diketahui,” kata AC Mohamed Nordin dalam satu kenyataan pada 7 Mac, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata kes itu diklasifikasikan menakut-nakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, dan jika disabitkan kesalahan dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua hukuman.

“Polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” ujarnya.

Encik Nga adalah Anggota Parlimen (AP) Teluk Intan di Perak daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang merupakan parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, ibu Encik Nga melahirkan berasa kesal dan meluahkan kerisauan mengenai kejadian itu.

Warga emas itu yang enggan namanya disiarkan, berkata beliau melihat banyak kertas putih bersaiz A4 di halaman rumahnya semasa keluar mengambil akhbar pada 7.30 pagi.

Beliau berkata pada awalnya beliau menyangka itu hanya kertas kosong ditabur pihak tidak bertanggungjawab.

“Kira-kira 9.30 pagi saya keluar untuk menyapu kertas terbabit, baru saya sedar ada tulisan berwarna merah bertulis ‘Nga Kor Ming jangan cabar Islam’.

“Ada kira-kira 40 helai kertas dan semuanya tertera nota yang sama. Oleh sebab berasa risau dan takut jika berlaku perkara tak diingini, saya dan suami saya membuat laporan di Balai Polis Ayer Tawar,” katanya ketika ditemui pada 7 Mac.

Menurutnya, beliau dan suaminya yang berusia 86 tahun mahu kehidupan tenteram seperti orang lain dan berharap mereka tidak dijadikan sasaran politik kebencian.

“Kami hidup secara ‘low profile’, kejadian seumpama ini turut pernah berlaku beberapa tahun lalu.

“Politik adalah politik, tolonglah jangan gunakan cara begini untuk ugut orang tua,” katanya.

Pada Januari, rumah Ahli Parlimen Beruas di Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, di Ayer Tawar dilontar bom koktail Molotov, yang merosakkan tiga kenderaan miliknya.

Beliau juga daripada DAP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >