JOHOR BAHRU: Pemilik kenderaan yang telah mendaftar untuk Permit Masuk Kenderaan (VEP) Malaysia akan dimaklumkan mengenai saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis apabila mereka memasuki dua pusat pemeriksaan darat di Johor.
Paparan papan tanda mesej berubah (VMS) sedang digunakan untuk memaklumkan pengguna VEP tentang saman trafik tertunggak mereka.
“Setakat ini, ini adalah cara yang baik untuk mendapatkan pemandu kenderaan berdaftar asing membayar saman tertunggak yang mencecah ratusan ribu ringgit selama ini,” kata seorang pegawai JPJ.
Beliau menambah bahawa JPJ telah melaksanakan pemeriksaan berkala di sekitar dua pusat pemeriksaan darat di Johor untuk mengingatkan pemandu kereta asing supaya mendaftar untuk VEP.
Pegawai itu berkata lebih 20,000 kenderaan dari Singapura telah diperiksa, dengan beberapa ratus peringatan dihantar kepada pemilik kenderaan, lapor akhbar The Star.
Sehingga kini, lebih 150,000 orang telah mendaftar untuk VEP, dan jumlah permohonan terus kekal tinggi, dengan kira-kira 1,000 permohonan setiap hari.
Buat masa ini, kereta berdaftar Singapura masih boleh memasuki Johor tanpa VEP, manakala mereka yang belum memohon VEP akan diberikan amaran.
Terdapat tiga pusat VEP di Johor – Danga Bay, Iskandar Puteri dan Paradigm Mall. Sebuah pusat VEP juga terdapat di Woodlands, Singapura.
Seorang ahli Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional Singapura berharap TCSens, vendor privet yang dilantik oleh JPJ untuk mengendalikan urusan VEP, akan membuka satu lagi pusat sehenti di Singapura bagi permohonan dan pemasangan tag RFID yang menjadi asas VEP .
Beliau berkata terdapat bengkel yang mengambil peluang daripada barisan panjang itu dengan mengenakan caj perkhidmatan untuk membantu permohonan dan pemasangan VEP.
“Mereka mengenakan bayaran antara $100 dengan $150 untuk membantu memohon dan menyelesaikan masalah VEP. Juga perlu ada pusat sehenti di Singapura yang membolehkan permohonan dan pemasangan dilakukan pada masa yang sama,” katanya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg