APA YANG BERLAKU?

– Empat Undang (pembesar adat) mengisytiharkan penyingkiran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, pada 19 April dan menamakan pengganti, namun tindakan itu ditolak kerajaan negeri.

SIAPA TERLIBAT?

– Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir

– Empat Undang atau disebut Undang Yang Empat iaitu Undang Sungei Ujong; Undang Johol; Undang Jelebu dan Undang Rembau 

– Mantan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak

– Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun

– Calon pengganti yang dinamakan ialah Tunku Nadzaruddin, anak kepada Tuanku Ja’afar, iaitu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sebelum Tuanku Muhriz.

MENGAPA IA BERLAKU?

– Undang mendakwa wujud salah laku oleh Tuanku Muhriz, yang menjadi alasan untuk beliau diturunkan daripada takhta, namun salah laku itu tidak diperincikan. 

– Pada masa sama, kedudukan salah seorang daripada Undang Empat, iaitu Datuk Mubarak, dipersoalkan selepas beliau dilucutkan daripada jawatan pada 13 Mei 2025, kerana didakwa melanggar hukum syarak dan adat.

– Ini menimbulkan persoalan mengenai kesahihan pengisytiharan untuk menurunkan Tuanku Muhriz daripada takhta yang turut ditandatangani Datuk Mubarak.

BAGAIMANA SISTEM BERAJA INI BERFUNGSI?

– Melalui Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, pemerintah (diraja) negeri dipilih oleh Undang, bukan diwarisi secara automatik sebagaimana Sultan di negeri lain.

APA SETERUSNYA?

- Kemungkinan campur tangan mahkamah

- Perkembangan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, yang akan berlangsung pada 23 April