Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Selepas buat baju Raya ‘Hello Kitty’, usahawan M’sia belanja RM4,000 bikin baju Raya ‘Barbie’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Selepas buat baju Raya ‘Hello Kitty’, usahawan M’sia belanja RM4,000 bikin baju Raya ‘Barbie’

Apr 11, 2024 | 06:08 PM



KLANG: Watak kartun popular ‘Barbie’ seringkali menjadi tontonan si cilik, terutamanya dalam kalangan budak perempuan, kerana gaya pemakaian dan warna pakaian terang-benderang yang diperagakan watak itu.


Namun bagi usahawan Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman sekeluarga, ia merupakan tema baju Raya sempena 1 Syawal.

Tauke perusahaan Royal Laksa dan bapa dua anak itu berkongsi kepada media Malaysia beliau telah membelanjakan kira-kira RM4,000 ($1,140) untuk empat pasang baju bagi beliau sekeluarga demi menyuntik kelainan Hari Raya kali ini.







Syed Muhammad Syah Hasif, 32 tahun, berkata: “Tahun ini, saya lihat ramai yang pakai baju Raya warna oren bata tetapi saya dan isteri nak lain daripada yang lain.

“Jadi, kami sepakat pilih tema ‘Barbie’ walaupun awalnya ada beberapa watak lain dalam senarai pilihan.


“Lagipun, kami pernah pakai baju Raya tema ‘Hello Kitty’ beberapa tahun sudah. Maka dipilih tema ‘Barbie’ kali ini.


“Saya pun minat watak comel, isteri pun suka... jadi tak ada perbalahan soal baju, malah isteri siap bagi idea mengenai konsep pakaian yang tetap ada elemen bulu.”

Bahkan, beliau berkongsi telah berhabisan RM90,000 untuk menyiapkan 120 baru kurung bagi beliau sekeluarga.

Beliau mengambil masa dua hari untuk menjahit empat pasang baju itu, lengkap dengan tanjak dan sampin buat sendiri khas untuk anak lelakinya, Syed Muhamad Nouis Jaeden El-Alawi, lima tahun, jelasnya.

Syed Muhammad Syah Hasif berkata bahan yang digunakan untuk menjahit baju berkenaan adalah gabungan barangan seperti selimut dan kain cadar serta sarung bantal.

“Cabaran siapkan baju Raya kali ini adalah mencari bahannya kerana susah nak jumpa kain bermotifkan ‘Barbie’, sama ada di platform jualan dalam talian mahupun gedung tekstil.

“Kain yang ada kebanyakannya bercorak ‘Hello Kitty’ dan ‘Sponge Bob’... jadi saya ambil keputusan untuk guna kain cadar, selimut (bagi baju) isteri manakala baju anak diperbuat daripada kain cadar.


“Ada juga gunakan kain ‘lace’ atau renda pada bahagian bawah kain untuk isteri dan anak perempuan,” tambah beliau.

Tidak pula timbul isu rasa malu dengan memakai pakaian sedemikian, katanya. Tetapi beliau sebaliknya menganggap pelaburannya berbaloi kerana dapat berhias diri dengan memakai pakaian yang cantik ketika Hari Raya.

Ini memandangkan setiap orang ada minat tersendiri kerana yang paling penting adalah mengenal pasti dan “menjaga batas dalam penampilan supaya tidak sampai mencolok mata”.

Syed Muhammad Syah Hasif berkata: “Lagipun, ‘Barbie’ umum dan sesuai untuk semua peringkat umur, sama ada dewasa mahupun kanak-kanak yang memang sukakannya.”

Ini bukanlah kali pertama beliau memperagakan baju dengan tema unik.

Pada Mac, media Malaysia melaporkan bahawa beliau membelanjakan RM12,000 untuk menghasilkan telekung yang dihiasi 5,000 baru kristal Swarovski.

Menurutnya, ia adalah sebagai kejutan buat isterinya, Cik Fatin Syazwani Ishak, 26 tahun. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >