Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sistem M-Bike terganggu punca motosikal sesak di imigresen Johor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sistem M-Bike terganggu punca motosikal sesak di imigresen Johor

Mar 05, 2024 | 02:07 PM



JOHOR BAHRU: Masalah gangguan sistem M-Bike di kededua laluan zon masuk dan keluar bagi pemeriksaan motosikal menyebabkan kesesakan luar biasa di Zon Motosikal Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata kejadian gangguan sistem berkenaan berlaku disebabkan kerja penyusunan sistem yang sedang dilaksanakan syarikat pengendali baru, yang dilantik bermula 29 Februari.

“Jabatan Imigresen mengambil maklum mengenai kesesakan luar biasa yang berlaku di zon Motosikal ICQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.

“Pihak syarikat pengendali dan Jabatan Imigresen sedang mengambil tindakan drastik bagi mengatasi gangguan ini dan gangguan dijangka dapat diatasi dalam masa terdekat,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Pada 28 Februari, Facebook Jabatan Imigresen Johor turut memuat naik hantaran terkait kesesakan di Zon Motosikal dan perkongsian mengenai isu kesesakan luar biasa itu turut dikongsi pengguna di Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers pada 4 dan 5 Mac.

Datuk Ruslin berkata bagi mengatasi masalah kesesakan di laluan motosikal, pihak Imigresen telah mengambil tindakan segera dengan mengaktifkan kaunter manual secara maksimum, bagi membolehkan pemeriksaan di Zon Motosikal dilakukan secara manual, sehingga isu gangguan sistem diatasi.

Beliau berkata pihak Imigresen komited melakukan yang terbaik bagi memastikan masalah gangguan itu dapat dipulihkan dengan segera, sekali gus menafikan berita yang tular mengenai dakwaan penamatan kontrak M-Bike disebabkan arahan ‘orang atasan’.

“Jabatan Imigresen menafikan berita tular itu, sebaliknya syarikat pengendali terdahulu telah tamat tempoh kontraknya dan lantikan syarikat pengendali baru telah dilaksanakan mengikut prosedur kewangan yang berkuat kuasa.

“Justeru, orang ramai diseru supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan,” jelasnya.

Datuk Ruslin berkata pihaknya juga sedang mendapatkan bantuan syarikat penerbangan untuk memaklumkan penumpang ke Malaysia untuk melengkapkan Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) sebelum ketibaan.

Beliau berkata sebilangan besar pelawat ke Malaysia masih tidak mengetahui keperluan terbaru itu menyebabkan ia menjadi antara punca berlaku kesesakan di pintu masuk negara.

Datuk Ruslin berkata pihaknya juga sedang mendapatkan bantuan daripada perwakilan asing di Malaysia untuk memaklumkan warganegara mereka di tanah air tentang keperluan pendaftaran sebelum ketibaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >