Siti Nurhaliza buat persembahan di ceramah yang dihadiri Anwar
Siti Nurhaliza buat persembahan di ceramah yang dihadiri Anwar
Aug 7, 2023 | 11:51 AM
SUMBANG LAGU: Datuk Seri Siti Nurhaliza (kiri) menyanyikan lagu Bahtera Merdeka pada majlis ceramah mega di Ukay Perdana pada Ahad malam. - Foto THE STAR
AMPANG: Penyanyi popular Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, membuat penampilan semasa satu majlis ceramah mega di Ukay Perdana pada Ahad malam.
Di majlis itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut hadir dengan diapit suami penyanyi itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jawa (Datuk K).
Siti memukau orang ramai dengan lagu Bahtera Merdeka yang menyaksikan Datuk Anwar turut menyanyi secara senyap-senyap, lapor The Star.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen (AP) Ampang, Cik Rodziah Ismail, dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bukit Antarabangsa, Encik Mohd Kamri Kamaruddin, dan Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman@Altimet.
Laporan berkaitan
Kelebihan sebagai artis bukan jaminan menang: Altimet Jul 29, 2023 | 1:45 PM
Semangat niaga Siti kian membara bina empayarAug 4, 2023 | 7:30 PM

