Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Semangat niaga Siti kian membara bina empayar

Penyanyi tersohor M’sia pilih syarikat anak muda Singapura, Deen Dunya, untuk edar produk dandanan, kesihatan dan keislaman
Aug 06, 2023 | 05:30 AM



Pada usia matang 44 tahun, penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ingin lakukan lebih daripada setakat menghibur peminatnya menerusi lagu bermutu.

Impiannya adalah untuk membina empayar perniagaan yang boleh dijadikan sandaran untuk memperkasa dirinya, anak-anak dan juga wanita lain.

Siti yang ditemui Berita Minggu di cawangan pengedar rangkaian produknya iaitu kedai milik anak Singapura, Deen Dunya, di 48 Haji Lane, berkata:


“Sebenarnya, bidang niaga bukan sesuatu yang asing dalam hidup saya. Semasa kecil, saya terdedah pada kerja menjual kuih yang disiapkan ibu saya. Tetapi itu pengalaman pada skala kecil yang tetap mendewasakan.

“Selebihnya, saya banyak belajar daripada suami saya, Datuk Khalid Jiwa, bagaimana membangun perniagaan dan mencetus inspirasi buat mereka yang ada dalam rangkaian niaga kita.

“Ada juga mentor profesional yang memberi saya tunjuk ajar memasarkan produk dan menjana kaitan dengan pelanggan dan pengedar. Apabila kita meniaga produk dandanan, ada cara tertentu yang perlu kita perhatikan dari segi inovasi produk dan jangkauannya.”

Siti yang dikenali kerana lagu-lagu cinta merdu seperti Bukan Cinta Biasa dan Percayalah, gembira dapat tebarkan sayap niaganya di Singapura khususnya buat pelanggan yang sudah biasa dengan produk dandanan SimplySiti, kecantikan dan kesihatan BeauSiti serta tudung AFIYA (sempena nama anak sulungnya).


“Kalau dahulu, kita mempunyai stokis dan ejen ‘dropship’, saya berasakan penting untuk ada pengedar. Kami senangi apa yang diusahakan pasukan peniaga muda dari Deen Dunya.

“Mereka mungkin baru tetapi dari hasil perbincangan kami, saya dapat lihat mereka memang penuh semangat. Sudah ada dua cawangan di Golden Landmark dan juga Haji Lane.

“Mereka menggambarkan jiwa anak muda yang berkeinginan tinggi untuk berjaya. Lokasi kedai mereka memang strategik. Rasanya pilihan kami tepat,” ujar Siti yang hadir tempoh hari untuk bertemu pelanggan bertuah Deen Dunya untuk sesi beramah mesra dan bergambar.

Siti menyifatkan berada dalam dunia usahawan ini persis seperti berhibur di pentas. Berniaga sebenarnya tidak jauh beza daripada muzik dan fesyen.

“Saya suka bahawa produk yang saya tampilkan adalah sebahagian daripada diri saya juga. Apabila dapat menawarkan peluang perniagaan kepada orang lain di Malaysia dan Singapura, ia nikmat untuk berkongsi rezeki. Sama-sama nak membangun.

“Saya juga gigih nak belajar ilmu niaga dan pemasaran baru menerusi kedai TikTok. Saya kagum dengan keberkesanan wadah ini untuk dapat duit saku tambahan dan komisyen. Saya belajar juga memasarkan produk dalam TikTok sebagai pengalaman baru.

“Saya serius nak kongsi dengan wanita di luar sana bagaimana nak dapatkan pendapatan. Saya perlu jadi jurujual dan memberi semangat kepada orang lain. Keberkesanan wadah ini bergantung pada usaha dan kreativiti kita,” jelas Siti.

Walaupun Siti Nurhaliza sudah bak jenama besar dengan lautan peminat yang mengenalinya, beliau akur perniagaan ada pasang dan surutnya.

“Saya juga terkesan apabila perniagaan sama-sama terjejas sewaktu pandemik. Tapi kita tak boleh patah semangat. Siapa nak tolong diri kita kecuali kita sendiri?

“Pada tempoh itu, saya juga perlu beri jaminan kepada kakitangan saya bahawa kita boleh lalui semua yang mencabar ini bersama-sama. Bukan senang nak kekalkan tahap perniagaan sewaktu tempoh perit pandemik.

“Misi saya hanyalah melihat SimplySiti berjaya dan menjadi jenama yang dikenali dan berkekalan sehingga dapat dibina empayar yang boleh dibanggakan,” ujar Siti lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >