Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPRM tumpas sindiket seludup senjata didalang pegawai kanan tentera

Aug 13, 2025 | 4:52 PM
Malaysia, SPRM, rasuah, senjata, pegawai kanan tentera
Operasi ‘Ops Sohor’ itu dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Perisikan SPRM serta sokongan anggota Skuad Taktikal Antirasuah (ACTS). - Foto SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menumpaskan satu sindiket penyeludupan senjata utama yang didakwa didalangi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia yang beroperasi di bahagian selatan negara itu.

Ini susulan operasi yang diberi nama kod Ops Sohor yang dilaksanakan Bahagian Perisikan SPRM serta sokongan anggota Skuad Taktikal Antirasuah (ACTS).

Menurut sumber, lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam – termasuk seorang warga Indonesia – berusia antara 30 hingga 55 tahun telah ditahan sekitar kawasan Lembah Klang dalam serbuan serentak yang bermula pada 6.30 pagi, 13 Ogos.

Pegawai terbabit, daripada unit perisikan, termasuk dua bekas anggota unit sama. 

Mereka yang sepatutnya bertanggungjawab memantau dan mencegah kegiatan penyeludupan, dipercayai bersekongkol dengan sindiket itu sejak lima tahun lalu dan didakwa mengaut keuntungan haram melebihi RM3 juta ($915,000).

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan berkomplot membawa masuk barangan terlarang seperti dadah, rokok dan barang larangan lain dari negara jiran.

Kegiatan penyeludupan tersebut dianggarkan bernilai sekitar RM5 juta sebulan.

“Suspek dipercayai menerima rasuah antara RM30,000 hingga RM50,000 bagi setiap perjalanan penyeludupan,” menurut sumber itu.

Serbuan tersebut, yang dijalankan selepas operasi pemantauan selama setahun, turut membawa kepada rampasan wang tunai lebih RM63,000, beberapa peket dadah, peralatan menimbang dan mengukur, minuman keras, serta replika senjata api dari premis yang disasarkan.

Sumber turut menggambarkan rangkaian penyeludupan melibatkan pegawai kanan berkenaan sebagai “besar dan rumit”, serta sukar untuk ditumpaskan.

Dalam serbuan itu, seorang wanita warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah turut ditahan. 

Dia dipercayai merupakan teman wanita kepada salah seorang pegawai tentera yang sedang disiasat.

Apabila dihubungi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan penahanan tersebut.

Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Beliau menegaskan bahawa operasi ini harus menjadi peringatan serius kepada semua pihak memandangkan kegiatan penyeludupan tersebut mengancam keselamatan negara.

“Walaupun terdapat pelbagai agensi yang memantau dan mengambil tindakan, kegiatan penyeludupan masih berterusan,” katanya.

Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 14 Ogos bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg