JITRA (Kedah): Suami isteri meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lori di bulatan berhampiran Hospital Jitra, Kedah, pada 30 September.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Encik Noor Azhar Tajudin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.31 pagi, dan sepasukan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kemalangan membabitkan lori jenis Hino muatan simen dengan motosikal jenis Yamaha Nouvo LC.
“Mangsa yang menunggang motosikal berusia 60-an tahun dipercayai dirempuh dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori berusia 51 tahun tidak cedera,” katanya ketika dihubungi pada 30 September, lapor Harian Metro.
Encik Noor Azhar berkata anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori dan mayat kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg