Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suami tabah jaga isteri yang lumpuh, buta dan hilang daya ingatan

Jan 15, 2024 | 7:53 PM
TABAH HADAPI DUGAAN : Encik Asdina setia berharap isterinya Cik Noor Syamimi kembali pulih seperti sediakala.
TABAH HADAPI DUGAAN : Encik Asdina setia berharap isterinya Cik Noor Syamimi kembali pulih seperti sediakala. - Foto MALAYSIA GAZETTE

MELAKA : Seorang isteri yang setia dan penyayang tiba-tiba diberi ujian berat dan ditimpa penyakit yang menyebabkannya beliau lumpuh, hilang ingatan dan daya penglihatan.

Kisah benar ini dikongsi oleh suaminya, Encik Asdina Arffin, 32 tahun melalui video yang dimuat naik di TikTok dan telah ditonton oleh lebih dari 4.5 juta warganet.

Isterinya Cik Noor Syamimi Rohim, 33 menghidap meningitis tuberkulosis (MTB) atau otak yang dijangkiti kuman sejak Jun 2023. Sejak itu, beliau tidak mengingati kebanyakan memori mereka bersama sejak 2018.

Menurut Encik Asdina, isterinya selalu memanggilnya dengan panggilan manja ‘Shuben’ dan beliau terkenang sewaktu jatuh sakit dan isterinya selalu mendoakan agar sakit itu dialihkan kepadanya, dan bukan suaminya.

“Keesokan harinya, saya pulih, dia pula yang sakit. Saya akan memarahinya kerana minta yang bukan-bukan dan betul-betul jatuh sakit.

View post on TikTok

“Tapi saya sedih keadaannya yang sekarang ini, saya tidak dapat memikul sakitnya,” katanya dalam nada sedih.

Dalam keadaan isterinya yang perlukan penjagaan sepenuhnya, Encik Asdina menepis suara-suara yang mencadangkan beliau berkahwin lagi. Kontraktor rumah itu berkata, tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mencari pengganti lain oleh sebab kekurangan pada isterinya itu, walaupun mereka belum dikurniakan anak.

“Syamimi adalah amanah Allah dan kalau ujian ini pun saya gagal hadapi hingga perlu ‘jalan keluar’ mencari isteri lain dan Allah menguji lagi perkara sama bagaimana?”

Beliau akui sehingga kini tidak pernah berhenti berharap dan berdoa agar isterinya kembali sihat.

Sejak ditimpa dugaan berat ini, Cik Syamimi diuruskan oleh suaminya dengan bantuan ibu bapa dan anggota keluarga lain.

“Saya percaya, segala kebaikan yang dibuat sebagai suami kepada Syamimi hari ini, Allah akan balas kebaikan itu kepada bidadari syurga saya ini,” katanya dalam laporan lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg