Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Perak: Masyarakat Islam dunia perlu bersatu tangani krisis, jurang kekayaan

Jul 29, 2024 | 5:30 PM
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ketika menyampaikan ucaptama diraja sempena merasmikan Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2024 (WCIT 2024) di Ipoh, Perak, pada 29 Julai.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ketika menyampaikan ucaptama diraja sempena merasmikan Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2024 (WCIT 2024) di Ipoh, Perak, pada 29 Julai. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

IPOH (Perak): Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menggesa masyarakat Islam sejagat bersatu menangani krisis yang semakin melanda umat pelbagai latar belakang, di tengah-tengah jurang antara negara terkaya dan termiskin dan konflik antarabangsa yang semakin meruncing.

Menurutnya, sesetengah masyarakat Islam berkembang maju, manakala yang lain mengalami kesusahan dan kekurangan yang mengerikan, sekali gus menunjukkan masyarakat Islam masih tidak berdiri bersama.

“Berdasarkan trend Indeks Pembangunan Manusia (HDI) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan konflik yang mengerikan, tumpuan sekali lagi harus diberikan kepada sudut kemanusiaan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama diraja sempena merasmikan Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2024 (WCIT 2024) di Ipoh, Perak, pada 29 Julai, lapor The Star.

Sultan Nazrin berkata mengambil tema persidangan WCIT 2024 ‘Bersama Kita Teguh: Umat Islam dan Kemanusiaan Global’, beliau mahu memberi tumpuan kepada perkataan pertama iaitu ‘bersama’.

“Jadi hari ini perlu difikirkan bagaimana kita boleh membantu ahli komuniti antarabangsa paling terdedah, khususnya mereka yang dibelenggu kemiskinan dan kesusahan serta kanak-kanak daripada semua latar belakang.

“Kita tidak seharusnya boleh berpuas hati untuk meninggalkan walau satu komuniti global di belakang. Saya ingin mengulangi bahawa kita tidak berdiri ‘bersama’ sehingga kita semua bersama-sama berdiri,” katanya.

Jelas Sultan Nazrin, menjadi kewajipan untuk membantu manusia sejagat tanpa mengira anutan kepercayaan seperti diajarkan Al-Quran, iaitu sesiapa yang menyelamatkan nyawa walau seorang manusia seolah-olah beliau sudah menyelamatkan seluruh manusia.

Sultan Nazrin juga menegaskan bahawa kanak-kanak daripada semua agama dan latar belakang terjejas secara tidak seimbang oleh kemiskinan, krisis kemanusiaan dan situasi konflik, maka bergantung kepada kemanusiaan global untuk membantu mereka sebagai kumpulan yang terdedah.

Sementara itu, di persidangan sama, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sesi libat urus antara umat Islam dan yang lain perlu diadakan bagi membolehkan masyarakat memahami antara satu sama lain dan mengelak salah faham yang membawa kepada Islamofobia.

Beliau berkata zaman pascapenjajahan Barat masih mengekalkan ajaran lama mereka, maka oleh yang demikian, berlaku salah faham, maklumat yang salah dan penolakan kepada yang lain, yang kemudian diistilahkan sebagai Islamofobia.

“Bagaimana anda bertahan dan hidup dalam masyarakat berbilang kaum, berbilang agama di Malaysia dan mengelak membincangkan agama, budaya, tamadun lain… dan kemudian menuntut supaya Barat memahami kita.

“Jadi saya fikir sesi libat urus diperlukan untuk membolehkan orang lain memahami kita, dan untuk kita memahami mereka,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg