Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tempat letak kenderaan awam Johor dibolot kenderaan pekerja M’sia di S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tempat letak kenderaan awam Johor dibolot kenderaan pekerja M’sia di S’pura

Feb 06, 2024 | 02:37 PM



ISKANDAR PUTERI (Johor): Puluhan peniaga di Medan Nusa Perintis 2, Gelang Patah, di sini, mendakwa hilang pendapatan selepas kawasan tempat meletak kenderaan awam di situ dimonopoli kenderaan pekerja Malaysia di Singapura sejak dua tahun lalu.


Tinjauan di kawasan perniagaan itu mendapati tempat meletak kenderaan di situ penuh sesak dengan ratusan kenderaan pekerja Malaysia di Singapura yang memenuhi lokasi berkenaan, seawal 5 pagi.

Ini menyebabkan pelanggan yang mahu mengunjungi premis perniagaan termasuk Medan Selera Iskandar Malaysia tidak dapat berurus niaga dan terpaksa mengunjungi lokasi lain, sekali gus menjejaskan perniagaan peniaga makanan di situ.

Peniaga makanan di Medan Selera Iskandar Malaysia, Cik Mariati Muhammad, 32 tahun, berkata hampir 20 gerai makanan di situ kerugian sejak dua tahun lalu berikutan jumlah pelanggan yang amat berkurangan.

Katanya, isu kenderaan pekerja Malaysia di Singapura yang memonopoli tempat meletak kenderaan awam di situ selama 15 jam sehari sudah diadukan kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bagi penyelesaiannya.

“Ramai pelanggan mengadu mereka terpaksa berpusing dua, tiga kali dan akhirnya terpaksa pergi ke lokasi lain untuk menjamu selera.

“Bayangkanlah ratusan kenderaan pekerja Malaysia di Singapura sudah mula meletak kereta di sini sejak 5 pagi dan hanya akan pulang jam 8 malam iaitu 15 jam sehari... ada pula yang letak kereta percuma berminggu-minggu lamanya.

“Kami sudah tidak tahan lagi sehingga terpaksa ambil keputusan sendiri dengan meletakkan kon pengadang seawal 4.30 pagi dan mengawal kawasan tempat meletak kenderaan di hadapan medan selera yang tidak sampai 25 lot supaya tidak diambil pekerja Malaysia di Singapura.

“Kami peniaga juga sering bergaduh dan bertekak dengan pekerja Malaysia di Singapura yang tidak mahu bertolak ansur dan berdegil mahu meletakkan juga kenderaan mereka di sini selain mereka merosakkan kon pengadang jika kami terlewat tiba untuk mengawal kawasan itu setiap awal pagi,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Dalam pada itu, Ahli Majlis Gelang Patah, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Encik Mohd Faiz Abdullah, berkata MBIP sudah mengenal pasti beberapa tanah di sekitar kawasan itu bagi dijadikan tapak tempat meletak kenderaan pekerja Malaysia di Singapura.

Katanya, kawasan Gelang Patah menjadi lokasi berpusat pekerja Malaysia di Singapura menaiki bas pekerja seawal jam 5 pagi menyebabkan hampir semua tempat meletak kenderaan awam di kawasan itu dimonopoli mereka.

“Di Gelang Patah ada lebih 300 kenderaan pekerja Malaysia di Singapura yang letak kenderaan di tempat meletak kenderaan awam medan perniagaan di sini hingga mengganggu peniaga dan pelanggan berurus niaga setiap hari.

“Isu ini bukan sahaja di Gelang Patah, saya difahamkan ia lebih buruk di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) yang mempunyai 1,500 kenderaan pekerja Malaysia di Singapura yang meletak kereta mereka di lot awam di sana manakala di Bukit Indah turut ada lebih 300 kenderaan golongan sama yang memonopoli tempat meletak kenderaan awam,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >