Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tiada pergolakan politik di Sabah: Zahid

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tiada pergolakan politik di Sabah: Zahid

Jan 08, 2024 | 04:41 PM



KUALA LUMPUR: Suhu politik Malaysia di Sabah agak panas sejak awal Disember lalu apabila dilaporkan berlaku drama politik terutama ketika bahang Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN-17) semakin rancak.


Ia susulan pengumuman Barisan Nasional (BN) mahu bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) bagi menentang kerajaan memerintah sekarang yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kerajaan negeri yang diterajui GRS dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dijangka ditentang Warisan-BN pada PRN-17, sekali gus menimbulkan polemik politik baru ketika ini.

Bagaimanapun, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno Sabah pada 7 Januari malam di Kota Belud, Sabah, menegaskan tiada sebarang pergolakan politik besar berlaku di Sabah ketika ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan pertemuannya bersama pemimpin Umno Sabah bertujuan mengemas kini beberapa kerja politik, terutama penyusunan jentera bagi menghadapi PRN Sabah, tidak lama lagi.

“Saya ingin menolak dakwaan bahawa terdapat kemelut politik di Sabah. Sebaliknya, keberadaan saya di negeri ini bagi menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Kedamaian sempena Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kedamaian 2023.

“Tidak wujud kemelut politik di Sabah. Namun, perjumpaan saya dengan rakan-rakan kepimpinan politik terutamanya Umno hanya bertujuan mengemas kini beberapa kerja politik, khususnya dalam penyusunan struktur jentera setelah selesai pilihan raya umum (PRU) dan PRN di enam negeri sebelum ini.

“Jangan ada mana-mana pihak yang membuat analisis atau spekulasi bahawa sesuatu sedang berlaku dari segi politik di negeri Sabah,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 8 Januari, selepas Majlis Peluncuran Pembangunan Kedamaian sempena Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kedamaian 2023 di Kampung Kedamaian, Kota Belud, Sabah.


Datuk Zahid juga berkata politik negara ini bersifat pragmatik dan Umno boleh menjalin kerjasama dengan mana-mana parti.

“Di dalam perkara ni tentunya kepentingan utama ialah mengukuhkan Kerajaan Perpaduan di seluruh negara, manakala semangat itu pada peringkat negeri juga harus ada. Hubungan BN-PH sangat utuh,” katanya.

Tempoh pentadbiran kerajaan negeri Sabah hanya akan berakhir pada Oktober 2025, namun Datuk Hajiji sebelum ini dilaporkan memberi bayangan PRN Sabah akan diadakan lebih awal, mungkin seawal 2024.

Untuk rekod, Datuk Hajiji yang sebelum ini memimpin Sabah atas kapasiti sebagai Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu pada 10 Disember 2022, selepas menimbangkan perubahan landskap politik Malaysia.


Ia selepas kerajaan Persekutuan ditadbir gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan keputusan itu membolehkan pentadbiran kerajaan negeri bergerak selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >