Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiktok, WeChat kini media sosial berlesen di M’sia

Empat sedang dalam proses mohon iaitu Facebook, Instagram, WhatsApp dan Telegram
Jan 2, 2025 | 4:20 PM
Mulai Januari 2025, penyedia platform media sosial di Malaysia diwajibkan memohon lesen operasi bagi memudahkan pemantauan dan tindakan undang-undang terhadap sebarang kandungan berbahaya di media sosial.
Mulai Januari 2025, penyedia platform media sosial di Malaysia diwajibkan memohon lesen operasi bagi memudahkan pemantauan dan tindakan undang-undang terhadap sebarang kandungan berbahaya di media sosial. - Foto SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Pelaksanaan undang-undang baru di Malaysia yang mewajibkan pengendali media sosial memiliki lesen berkuat kuasa 1 Januari 2025 menyaksikan hanya dua daripada sekurang-kurangnya lapan platform aktif, iaitu WeChat dan TikTok, sudah memperoleh lesen berkenaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2 Januari memaklumkan empat lagi platform utama media sosial iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp – kesemuanya di bawah Meta – dan Telegram sedang dalam proses permohonan bagi membolehkan mereka beroperasi di Malaysia.

Ketika ini, platform YouTube yang diselia oleh Google pula belum menghantar permohonan, manakala platform X pula dikatakan tidak menepati syarat untuk memohon berikutan jumlah penggunanya tidak mencapai nilai ambang lapan juta orang sebagaimana disyaratkan.

Namun SKMM sedang mengatasi beberapa perkara berbangkit bersama Google dan X ke arah mematuhi kerangka pelesenan yang sudah berkuat kuasa.

Parlimen Malaysia pada 9 Disember meluluskan pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang mewajibkan penyedia perkhidmatan yang beroperasi di Malaysia agar memperoleh lesen.

Ia bertujuan mengukuhkan keselamatan kegiatan platform dalam talian, meningkatkan perlindungan pengguna terutama bagi kanak-kanak dan kumpulan yang terdedah, serta meningkatkan pengawasan kawal selia oleh pihak berwajib terhadap kandungan berbahaya dan memudaratkan.

Penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (CASP) itu mewajibkan platform media sosial mendaftar lesen dengan SKMM berkuat kuasa 1 Januari.

Namun, setakat ini hanya dua platform sudah berjaya menerima lesen berkenaan.

Dengan pelesenan itu, SKMM boleh menyekat capaian kepada platform penyedia perkhidmatan media sosial berlesen, membatalkan lesen CASP atau memulakan pendakwaan terhadap penyedia platform dalam kes pelanggaran yang lebih berat.

Menurut SKMM, mana-mana penyedia perkhidmatan media sosial yang beroperasi tanpa lesen bermula 1 Januari 2025, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 126 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika disabitkan kesalahan, penyedia perkhidmatan berkenaan boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 ($151,496) atau lima tahun penjara, atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.

Pelesenan media sosial itu bagaimanapun hanya khusus untuk pengendali platform dan bukan kepada lebih 28 juta pengguna media sosial di Malaysia yang merangkumi lebih 86 peratus daripada penduduk negara itu.

Pelbagai pihak menyambut baik langkah mewajibkan pelesenan bagi perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang disifatkan mampu meningkatkan kebertanggungjawapan platform.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg