Tokoh pemikir Islam Prof Diraja Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas meninggal dunia
Tokoh pemikir Islam Prof Diraja Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, Profesor Diraja Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, meninggal dunia pada pukul 6.47 petang 8 Mac.
Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Masjid Al-Taqwa pada pagi Isnin, (9 Mac) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Dilahirkan pada tahun 1931 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia, Allahyarham dikenali sebagai antara tokoh intelektual Islam paling berpengaruh dalam dunia Islam moden.
Sepanjang hayatnya, beliau memberikan sumbangan besar kepada perkembangan pemikiran Islam, khususnya dalam bidang falsafah, sejarah, teologi dan pendidikan.
Allahyarham juga merupakan pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), yang berkembang sebagai pusat penting pengajian pemikiran Islam di peringkat antarabangsa.
Sepanjang kerjaya akademiknya, beliau menghasilkan lebih 30 buku serta monograf yang menjadi rujukan penting dalam kajian falsafah dan peradaban Islam. – Agensi berita.

