Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tuntutan Pedra Branca: Lelaki gagal dalam usaha kembalikan saman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tuntutan Pedra Branca: Lelaki gagal dalam usaha kembalikan saman

Nov 16, 2023 | 01:08 PM



PUTRAJAYA: Seorang rakyat Malaysia, Encik Mohd Hatta Sanuri, gagal dalam usaha mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan Pedra Branca.


Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara menolak rayuan Encik Hatta selepas mendapati perayu tidak mempunyai ‘locus standi’ (hak di sisi undang-undang) untuk membawa tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

“Tuntutan itu jelas menyalahgunakan proses mahkamah dan responden telah memenuhi ambang Perintah 18 Peraturan 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (membatalkan permohonan), bahawa perkara berhubung tuntutan Mohd Hatta adalah tidak wajar.

“Oleh itu kami menolak rayuan perayu dengan kos RM10,000 ($2,900),” kata Hakim Hadhariah yang bersidang bersama Hakim Datuk See Mee Chun dan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, lapor Berita Harian Malaysia pada Rabu.


Mahkamah turut menolak rayuan Encik Hatta terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Januari 2022 yang membenarkan permohonan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah perlindungan bagi dokumen berkaitan.

“Kami dapati tiada merit dalam rayuan itu. Kami bersetuju dengan responden bahawa dokumen itu bersifat sensitif yang melibatkan hubungan diplomatik dan dua hala antara kerajaan Malaysia dengan Singapura.

“Kami menolak rayuan dengan kos RM5,000,” katanya ketika menyampaikan keputusan melalui prosiding dalam talian.

Pada 1 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman Encik Hatta selepas membenarkan permohonan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

Hakim Mahkamah Tinggi, Encik Hayatul Akmal Abdul Aziz, semasa membenarkan permohonan itu, berkata perkara berkenaan tidak boleh diadili dan Encik Hatta juga tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk membawa tindakan undang-undang terhadap defendan (Perdana Menteri dan kerajaan).

Pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ pada 23 Mei 2003.

Ia memberikan bidang kuasa perundangan ke atas Pedra Branca kepada Singapura, walaupun sebelum perbicaraan kes itu, yang dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.

Pada 28 Mei 2021, Encik Hatta memfailkan saman itu mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang didakwanya terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >