Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Umno mula tuntutan RM100j terhadap Adun Melaka yang sertai PN

Aug 1, 2024 | 12:18 PM
Umno
Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR: Umno akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis, bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta ($29.32 juta).

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada 31 Julai malam.

“Mesyuarat mempertimbangkan dan bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta.

“Ia sebagaimana perjanjian yang dimeterai terhadap wakil rakyat yang sudah meninggalkan dan membelakangi pendirian parti,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.

Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, sebelum ini mengumumkan Datuk Muhamad Jailani, yang sebelum ini digantung keahlian dalam Umno, sah menyertai PAS berkuat kuasa Jun 2023.

Datuk Muhamad Jailani memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau adalah antara empat Adun Pakatan Harapan (PH) yang melompat menyokong Barisan Nasional (BN) bagi mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2020.

Datuk Muhamad Jailani dikatakan dipecat PKR, sebelum mengumumkan menyertai Umno bagi membolehkan dipilih bertanding semula mewakili BN semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November 2021.

Sementara itu, pada mesyuarat itu juga, Datuk Asyraf Wajdi berkata ia memutuskan seluruh Ahli MKT Umno berkampung dan menyelaras gerak kerja jentera parti dan BN ketika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Kelantan, berlangsung.

“Ahli MKT akan menyelaras gerak kerja itu di setiap pusat daerah mengundi di N43 DUN Nenggiri bermula hari penamaan calon pada 3 Ogos ini,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg