Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Usah sampai isu jerebu ‘menjerebukan’ hubungan negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Usah sampai isu jerebu ‘menjerebukan’ hubungan negara

Oct 09, 2023 | 05:30 AM



Suka atau tidak jerebu sudah melanda rantau ini khususnya di negara jiran Malaysia.

Ini menyebabkan mutu udara di situ semakin tidak sihat. Kali terakhir jerebu teruk menjejas beberapa negara di rantau Asia Tenggara adalah pada 2015-2016.

Kini, di negeri berdekatan Johor, antara kawasan terjejas adalah Larkin dan Batu Pahat. Beberapa negeri lain turut terkesan termasuk beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan juga ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur.

Keadaan jerebu yang memburuk juga telah mendorong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan beberapa panduan pencegahan. Ini termasuk nasihat mengelak diri daripada kegiatan luar di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Pemakaian pelitup muka N95, khususnya bagi mereka yang mempunyai penyakit semput atau masalah pernafasan lain juga digalakkan, selain meminum air yang mencukupi, walaupun tidak berasa haus.

Pakar kesihatan menyatakan dengan meminum air yang mencukupi, ini dapat membuang toksin yang dihirup seseorang.

Mereka menyatakan bahawa kegiatan fizikal akan meningkatkan kadar pernafasan, sekali gus menyebabkan lebih banyak partikulat terampai memasuki saluran pernafasan. Keadaan itu boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.

Mereka juga menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan kebersihan yang baik, antaranya dengan mencuci tangan, muka dan kaki dengan kerap, yang akan membantu membersihkan sisa toksin yang dibawa oleh jerebu.

IPU antara sifar dengan 50 dianggap mutu udara yang baik; 51 dengan 100 sederhana; 101 dengan 200 tidak sihat; 201 dan 300 sangat tidak sihat; manakala 300 dan ke atas adalah berbahaya.

REAKSI INDONESIA

Pada masa sama, pemerintah Indonesia, melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK), telah menafikan dakwaan Malaysia bahawa jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di negara itu telah memasuki Malaysia.

Menterinya, Cik Siti Nurbaya Bakar, berkata aduan Malaysia mengenai jerebu Indonesia adalah tidak tepat.

“Kami telah memantau keadaan, dan tiada jerebu rentas sempadan yang sampai ke Malaysia,” katanya baru-baru ini.

Tambah beliau, kementeriannya menerima imej taburan jerebu daripada Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) dan berdasarkan pemerhatian data pusat itu, Cik Siti Nurbaya berkata tiada jerebu rentas sempadan diperhatikan.

KLHK juga mendedahkan bahawa 203 syarikat telah menerima amaran, dengan 20 syarikat telah ditutup kerana penglibatan mereka dalam kebakaran.

​BERJAGA-JAGA

Oleh itu, jika kita ingin ke Malaysia dalam masa terdekat, ambil langkah berjaga-jaga yang disarankan pihak penguasa kesihatan. Bawalah bekalan pelitup yang mencukupi, minum air dan kurangkan kegiatan di luar di kawasan berjerebu.

Bahkan ada kemungkinan keadaan jerebu ini boleh sampai ke Singapura pula seperti yang pernah dialami sebelum ini.

Pada masa yang sama, ASMC juga telah mengaktifkan amaran jerebu rentas sempadan Tahap 2 bagi rantau Asia Tenggara.

Tahap itu merujuk kepada risiko jerebu rentas sempadan akibat cuaca kering berterusan yang menimbulkan peningkatan aktiviti kawasan panas dan jerebu asap di rantau selatan Asean selatan.

KERJASAMA ASEAN

Dalam menangani isu jerebu ini, kerjasama negara Asean adalah penting. Tiada satu negara yang mampu menangani isu jerebu secara tuntas dan berkesan secara sendirian.

Malah dengan bekerjasama, ini akan meningkatkan hubungan dan persaudaraan sesama anggota Asean, dengan tidak membiarkan mana-mana negara menghadapi isu jerebu ini secara sendirian.

Ini termasuklah kerjasama dari segi penyediaan sumber untuk melawan kebakaran ladang dan hutan, usaha mencari dan mengenal pasti pihak pelaku, termasuk syarikat besar, yang melakukan pembakaran di ladang mereka dengan sengaja kerana mahu menjimatkan kos dan mengaut keuntungan besar.

Jerebu bukan sahaja menjejas kesihatan penduduk di rantau ini, bahkan memberi kesan negatif lain termasuk menjejas sektor pelancongan kerana pelancong dari rantau lain pasti mahu mengelak negara Asean yang dilanda jerebu.

Melalui sikap positif dan kerjasama semua pihak, kita pasti akan dapat menangani masalah jerebu ini yang akan datang dan pergi, namun tidak akan ‘menjerebukan’ hubungan antara negara di rantau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >