Wabak TB dengan 33 kes dikesan di Kota Tinggi, lebih 800 kontak disaring

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wabak TB dengan 33 kes dikesan di Kota Tinggi, lebih 800 kontak disaring

Feb 5, 2026 | 1:06 PM

Wabak TB dengan 33 kes dikesan di Kota Tinggi, lebih 800 kontak disaring

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TB, Kota Tinggi, disaring, kontak
Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Foto fail

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan wujudnya kelompok batuk kering (TB) di daerah Kota Tinggi, Johor, berikutan maklumat yang tular di media sosial.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Tinggi mengesahkan wabak TB di satu kawasan pada 25 Januari 2026.

Sehingga 4 Februari 2026, seramai 33 pesakit disahkan dijangkiti TB, hasil pengesanan kes aktif ke atas 804 individu merupakan kontak rapat.

“Kesemua pesakit yang dikesan telah menerima rawatan dan kini berada di bawah pemantauan rapi di kemudahan kesihatan berdekatan bagi memastikan rawatan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta bagi membendung penularan lanjut,” katanya dalam kenyataan media pada 4 Februari.

Beliau turut memaklumkan satu kematian dilaporkan dalam kelompok itu. Namun, ia disahkan bukan disebabkan oleh penyakit TB itu sendiri.

Dr Dzulkefly menjelaskan, TB berpunca daripada bakteria Mycobacterium tuberculosis dan mudah merebak melalui udara, terutama kepada kontak rapat.

“Antara gejala utama TB ialah batuk berpanjangan, penurunan berat badan yang ketara, hilang selera makan, berpeluh pada waktu malam serta batuk berdarah.

“Walaupun berjangkit, penyakit ini boleh dicegah dan disembuhkan sepenuhnya sekiranya pesakit mendapatkan rawatan yang berkesan dan mematuhi tempoh rawatan minimum selama enam bulan,” katanya.

Justeru, beliau menasihati penduduk kawasan terjejas dan sekitarnya, terutama yang mengalami batuk berpanjangan atau mempunyai sejarah kontak dengan pesakit TB, supaya segera menjalani saringan kesihatan di kemudahan kesihatan berhampiran.

“Pengesanan awal dan rawatan segera amat penting bagi memutuskan rantaian jangkitan serta melindungi kesihatan awam,” katanya.

KKM melalui JKNJ, katanya akan terus memantau keadaan wabak itu secara dekat dan melaksanakan langkah kawalan serta pencegahan yang diperlukan bagi memastikan penularan penyakit tersebut dapat dikawal sepenuhnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg