KUALA LUMPUR: Usaha mencari warga India yang ‘ditelan’ tanah benam dekat Masjid India di Kuala Lumpur disambung semula pada 9 pagi 24 Ogos selepas ia dihentikan beberapa jam kerana cuaca buruk.
Sehingga 11 pagi, akhbar The Star melaporkan mangsa belum ditemui, tetapi saudara-mara yang menanti di kawasan itu masih menaruh harapan beliau masih boleh diselamatkan.
Pihak berkuasa telah mengenal pasti mangsa sebagai Cik Vijayaletchumy, berusia 48 tahun dari India Selatan.
DIfahami, pasukan penyelamat daripada Jabatan Kebakaran dan Menyelamat mungkin perlu membesarkan lubang tanah jerlus untuk membantu operasi menyelamat.
Sekurang-kurangnya 10 perniagaan di kawasan yang popular dengan pelancong dan penduduk setempat itu telah terjejas dan terpaksa menutup perniagaan.
Polis Dang Wangi berkata ia akan bercakap dengan media dan memberi butiran lanjut operasi menyelamat pada 1 tengah hari.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg