Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita terjatuh dalam lubang tanah jerlus 8 meter di KL

Aug 23, 2024 | 5:55 PM
Pegawai bomba kelihatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Jalan Masjid India, selepas seorang wanita dilaporkan terjatuh dalam lubang tanah jerlus.
Pegawai bomba kelihatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Jalan Masjid India, selepas seorang wanita dilaporkan terjatuh dalam lubang tanah jerlus. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga India, berusia 48 tahun, terjatuh ke dalam lubang tanah jerlus sedalam lapan meter dekat Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Beliau difahamkan sedang berjalan di kawasan itu apabila kejadian tersebut berlaku pada pagi 23 Ogos.

Operasi menyelamat masih dijalankan sekitar 6 petang, dengan wanita itu masih belum ditemui.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataannya pada 23 Ogos berkata kedalaman tanah jerlus itu dianggarkan lapan meter.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.22 pagi, lapor Berita Harian Malaysia.

“15 anggota pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan bantuan daripada Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian,” kata kenyataan itu.

Pegawai bomba kelihatan memasuki lubang tanah jerlus dengan kedalaman lapan meter ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Pegawai bomba kelihatan memasuki lubang tanah jerlus dengan kedalaman lapan meter ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

Komander Operasi Mohd Riduan Akhyar mengesahkan terdapat seorang mangsa wanita terjatuh ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.

Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) dan Unit Pengesan (K9) turut dikerah ke lokasi kejadian.

Gambar-gambar yang diterbit di media sosial juga menunjukkan sebuah kren digunakan dalam operasi tersebut.

Susulan itu beberapa agensi sedang melakukan pemeriksaan mengenai tahap keselamatan di kawasan berkenaan yang juga lokasi membeli-belah terkemuka ibu kota Malaysia.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata beberapa agensi sedang melakukan analisis mengenai tahap keselamatan di kawasan berkenaan.

“Kami sedang berbincang dengan beberapa agensi yang terbabit dalam insiden ini mengenai tahap keselamatan di kawasan yang juga lokasi membeli-belah yang popular.

“Analisis yang lebih teliti akan dilakukan, dan jika perlu, kami akan menutup kawasan tersebut. Kami akan memberikan maklumat terkini kepada media jika ini berlaku,” katanya kepada wartawan di tempat kejadian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg