Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas maut selepas kereta dipandu anak langgar lori

Apr 15, 2024 | 6:20 PM
Kereta Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan pada 15 April di lebuh raya Lingkaran Tengah Utama menghala Lipis remuk di bahagian hadapan. Akibat pelanggaran itu, penumpang warga emas yang duduk di bahagian hadapan maut di tempat kejadian,
Kereta Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan pada 15 April di lebuh raya Lingkaran Tengah Utama menghala Lipis remuk di bahagian hadapan. Akibat pelanggaran itu, penumpang warga emas yang duduk di bahagian hadapan maut di tempat kejadian, - Foto PDRM

LIPIS (Pahang): Perjalanan pulang ke bandar bagi sebuah keluarga selepas bercuti sempena Aidilfitri bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 37 Lingkaran Tengah Utama (LTU) menghala Lipis pada 15 April.

Menukil laporan media Malaysia, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man, berkata kejadian berlaku sekitar 6.45 pagi.

Beliau menambah mangsa, Allahyarhamha Sharifah Abu Bakar, 69 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dan kejadian melibatkan kereta jenis Proton Wira dan lori.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati pemandu lori – lelaki berusia 51 tahun – sedang menuju dari Gua Musang ke sebuah kilang di Padang Tengku untuk menghantar muatan kayu getah.

Superintenden Ismail berkata menerusi satu kenyataan: “Kereta Proton Wira yang dipandu lelaki bersama ibunya serta isteri dan tiga anak mereka dari Kampung Labok, Machang, Kelantan dalam perjalanan pulang ke Puncak Alam, Selangor setelah selesai cuti raya.

“Kedua-dua kenderaan terlibat bergerak sama arah dan menghala ke Lipis.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori tersebut.”

Kemalangan itu menyebabkan penumpang bahagian hadapan, iaitu wanita berusia 69 tahun itu, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri serta tiga anak dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh untuk menerima rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, jelas beliau.

“Kita memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan,” tambahnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg