Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga KL panik buaya muncul di sungai dekat pusat beli belah

Feb 21, 2025 | 1:08 PM
Tangkap layar video yang tular menunjukkan seekor buaya berkeliaran di sungai berhampiran pusat beli belah The Gardens Midvalley dan KL Eco City, di Kuala Lumpur, sejak petang 20 Februari.
Tangkap layar video yang tular menunjukkan seekor buaya berkeliaran di sungai berhampiran pusat beli belah The Gardens Midvalley dan KL Eco City, di Kuala Lumpur, sejak petang 20 Februari. - Foto tular NSTP

KUALA LUMPUR: Warga Kuala Lumpur gempar dengan ‘penampilan’ seekor buaya di sebuah sungai berhampiran pusat beli belah The Gardens Midvalley dan KL Eco City, pada petang 20 Februari.

Penemuan reptilia itu menarik perhatian orang ramai ke jambatan yang menghubungkan kededua kawasan berkenaan, selepas berita mengenai penemuan buaya itu tular di media sosial.

Sebelum ini, satu penemuan repitilia sama dilaporkan di Sungai Klang berhampiran kawasan Masjid Jamek di Kuala Lumpur pada 25 Januari lalu, namun belum dapat dipastikan sama ada buaya yang ditemui di kawasan The Gardens Midvalley dan KL Eco City itu adalah buaya sama.

Ketua Polis Brickfields, Penolong Pesuruhjaya Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata semua agensi terbabit termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Perhilitan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis berada di tempat kejadian bagi memantau keadaan.

“Setelah berbincang dengan semua agensi terbabit, kami mengambil keputusan untuk menurunkan bot ke dalam sungai untuk mencari dan menangkap haiwan itu,” katanya lapor New Straits Times.

Beliau berkata perangkap dipasang Jabatan Perhilitan untuk menarik buaya yang dianggarkan sepanjang tiga meter itu ke dalam perangkap.

Pengarah Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan, Encik Ishak Muhammad, turut menasihati orang ramai untuk menjauhi kawasan terbabit sehingga buaya itu ditangkap.

“Usaha sedang dijalankan untuk memantau kawasan sekitar bagi mencari buaya yang dipercayai sepanjang tiga meter ini.

“Berdasarkan pemerhatian kami terhadap video haiwan itu, kami percaya bahawa ia adalah buaya sama yang ditemui berhampiran Masjid Jamek baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata dengan bantuan daripada APM, pihaknya menggunakan bot untuk memantau sungai berhampiran kawasan yang terakhir kali buaya itu dilihat.

“Selain itu, bersama dengan Pusat Penyelamatan Hidupan Liar Negara (NWRC), kami juga telah memasang perangkap untuk menangkap reptilia terbabit yang dipercayai tersesat dari habitat asalnya.

Pada 8 Februari lalu, dilaporkan Jabatan Perhilitan meningkatkan tahap kesiapsiagaan selepas satu video tular menunjukkan seekor buaya yang didakwa kelihatan di sebuah sungai berhampiran Masjid Jamek.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg