Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga M’sia bergelut dengan ringgit yang lemah

Feb 29, 2024 | 11:23 AM
Ringgit lemah berbanding mata wang lain.
Ringgit lemah berbanding mata wang lain. - Foto ST

PETALING JAYA: Dengan ringgit mencecah paras terendah baru, rakyat Malaysia bimbang tentang apa yang akan berlaku pada masa depan.

Dengan ringgit begitu lemah – ia didagangkan pada RM4.26 bagi AS$1 pada 28 Februari – mereka berkata sambutan Ramadan dan Hari Raya Puasa yang akan datang akan menjadi satu cabaran.

Kenaikan cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus juga memburukkan keadaan.

Pemilik kedai pakaian kecil, Cik Zaleha Zaid, 46 tahun, berkata keluarganya telah menangguhkan tradisi tahunan mengedar kurma semasa Ramadan.

“Kami selalunya mendapatkan satu lori kurma untuk diagihkan kepada masjid, rumah anak yatim dan orang yang kami kenali, tetapi menjadi terlalu mahal untuk melakukannya tahun ini. Kami mungkin hanya akan menjemput mereka untuk berbuka puasa di rumah kami.

“Perniagaan juga tak bagus. Biasanya saya akan dapat ramai pelanggan dua atau tiga bulan sebelum Ramadan tetapi tahun ini kedai hampir kosong walaupun bulan puasa tinggal beberapa minggu sahaja lagi,” katanya, lapor The Star.

​Seorang pengurus pemasaran, Encik Danial Hashim, 36 tahun, pula berkata beliau terpaksa ‘memungkiri janjinya’ untuk membawa anaknya ke Eropah untuk bercuti pada 2024.

“Kami tidak mampu untuk menghabiskan wang simpanan kami untuk bercuti di Eropah. Kami memerlukan simpanan untuk sebarang kemungkinan. Semuanya naik kecuali gaji kami.

“Kami mungkin bercuti di Malaysia. Kami sedang memikirkan Semporna di Sabah,” ujarnya.

Seorang penganalisis yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Mawar, 32 tahun, telah memutuskan untuk melancong ke negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia atau Vietnam bersama keluarganya semasa cuti Hari Raya.

“Begitupun, ringgit masih lebih lemah berbanding beberapa mata wang negara itu dan saya perlu membayar lebih, terutamanya untuk perbelanjaan asas seperti makanan,” ujarnya.

Sebagai contoh, RM1 kini hanya boleh mencecah 7.53 baht Thai, jauh berbeza daripada pada 2010 apabila satu ringgit bernilai 10 baht.

“Disebabkan mata wang ringgit yang lemah, saya tidak dapat memikirkan destinasi lain selain Hatyai, tempat saya pergi dua kali tahun lalu (2023).

“Semuanya lebih murah di sana, berbanding Malaysia seperti makanan, hotel dan pengangkutan,” kata Cik Mawar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg