Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga M’sia beri duit raya dengan cek tiruan ‘mock cheque’

Apr 17, 2024 | 9:27 AM
Daripada memberi duit raya melalui kaedah biasa seperti sampul atau pemindahan elektronik, pengguna TikTok @rayrahmanwan merakam anggota keluarga memberi cek tiruan atau ‘mock cheque’ dalam satu video yang dimuat naiknya pada 14 April.
Daripada memberi duit raya melalui kaedah biasa seperti sampul atau pemindahan elektronik, pengguna TikTok @rayrahmanwan merakam anggota keluarga memberi cek tiruan atau ‘mock cheque’ dalam satu video yang dimuat naiknya pada 14 April. - Foto TIKTOK/RAYRAHMANWAN

KUALA LUMPUR: Duit raya lumrahnya diberikan menerusi sampul yang diisi mata wang. Dalam era digital kini, ia juga dilakukan melalui pemindahan elektronik.

Pemberian duit sedemikian merupakan detik yang dinanti-nanti kerana selepas tradisi bermaaf-maafan sempena Hari Raya Aidilfitri, ia disalurkan kepada ahli keluarga, sanak-saudara atau sahabat-handai.

Tetapi lain pula halnya bagi keluarga pemilik akaun TikTok @rayrahmanwan.

Gelagat yang dirakam memaparkan apa yang difahamkan sebagai anak-beranak memberi duit raya dalam bentuk ‘Mock Cheque’ atau cek tiruan yang seringkali digunakan dalam upacara pemberian hadiah.

View post on TikTok

Video sepanjang hampir tiga minit yang dimuat naik pada 14 April itu tular di kalangan warga net dan setakat ini mempunyai lebih 440,000 tontonan.

Ia menunjukkan seorang individu, yang dikenal pasti sebagai pemilik akaun, menyerahkan cek tiruan bernilai serendah RM50.25 ($14.30) dan setinggi RM250.50 kepada anggota keluarga.

Aksi mencuit hati itu disambut dengan gelak-ketawa individu yang hadir. Malah, cek tiruan itu siap dengan ruang tanda tangan pemberi, lengkap dengan wajah pemberi tersebut.

Berkongsi kepada Berita Harian (BH), pemilik akaun TikTok @rayrahmanwan, yang nama sebenarnya adalah Encik Abdul Surya Mazlan, berkata beliau dan adik-beradiknya sedang beraya di rumah bapa mereka di Taman Ukay Ampang pada 10 April, iaitu Hari Raya Aidilfitri pertama.

Pemilik tapak perkhemahan Wongganteng itu menjelaskan: “Idea ini tercetus dari saya sendiri disebabkan saya suka buat perkara yang lain daripada lain – bukan sebab ingin tular untuk perhatian ramai tetapi bagi bahagian keluarga sahaja.”

Beliau menambah anggaran kos bagi pencetakan sembilan cek tiruan itu menelan belanja sekitar RM400.

Penerima cek tiruan tersebut akhirnya mendapat jumlah yang dipaparkan pada cek itu dalam bentuk mata wang, ujar anak keenam dari 10 beradik itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg