Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Akibat cemburu buta, suami warga M’sia ikat, ugut bunuh isteri

Apr 15, 2024 | 6:46 PM
Suspek dikatakan mengikat dan mengugut untuk bunuh isteri pada 13 April di kediaman mereka di Kampung baru Alai setelah mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Suspek dikatakan mengikat dan mengugut untuk bunuh isteri pada 13 April di kediaman mereka di Kampung baru Alai setelah mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain. - Foto fail

GERIK (Perak): Seorang lelaki berusia 42 tahun nekad mengikat dan mencederakan isterinya dek cemburu setelah mengesyaki wanita itu berselingkuh dengan lelaki lain.

Menukil laporan media Malaysia, suspek turut mengugut untuk membakar dan membunuh mangsa, seorang guru berusia 36 tahun.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Kampung Baru Alai pada 13 April dan mengakibatkan mangsa mengalami lebam di pergelangan tangan dan kaki akibat diikat dengan tali. Mangsa turut mengalami luka di dada kerana cecair lilin.

Laporan media tempatan turut menambah semasa kejadian, difahamkan mangsa sedang tidur di bilik rumahnya sebelum dikejutkan suspek dengan mengacukan pisau pada leher.

Suspek kemudian mengikat tangan dan kaki mangsa menggunakan tali, di samping mengugut untuk membunuh mangsa jika beliau enggan memberi kerjasama.

Ini setelah suspek mengesyaki mangsa membawa lelaki asing ke rumah untuk beraya ketika ketiadaan sang suami.

Sungguhpun mangsa telah menafikan hal itu dan meminta agar dibebaskan, suspek tidak mengendahkannya.

Sebaliknya, suami mangsa mengugut akan membakar mangsa dan rumah jika beliau tidak mengakui perselingkuhan yang disyaki.

Mangsa berjaya meloloskan diri dengan memberi alasan ingin ke tandas dan beredar dari rumah menggunakan kereta lalu beliau membuat laporan di Balai Polis Kampung Lalang.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg