Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Warga S’pura cedera dihempap pokok hiasan di KL

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Warga S’pura cedera dihempap pokok hiasan di KL

Dec 26, 2023 | 11:10 AM



KUALA LUMPUR: Kegembiraan satu keluarga warga Singapura menyambut Krismas di Kuala Lumpur (KL) meninggalkan pengalaman pahit apabila si suami cedera di kepala, selepas pokok Krismas hiasan yang tergantung di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, jatuh menghempap kepalanya.


Kejadian itu mengejutkan keluarga Encik Julius Lee, 44 tahun; isteri, Cik Aileen Tan, 39 tahun; dan anak perempuan berusia tiga tahun, yang datang bercuti ke bandar itu untuk meraikan Krismas sejak 20 Disember lalu.

Cik Tan berkata kejadian menyebabkan suaminya mengalami bengkak di kepala dan dibawa ke klinik oleh pihak pengurusan pusat beli-belah terbabit.

Menurut Cik Tan, suaminya sedang mengambil gambar beliau dan anaknya di kawasan berkenaan dan tidak menyangka kejadian malang itu menimpa Encik Lee.

“Saya dan suami berada di luar ‘merry-go-round’ (kuda pusing) untuk mengambil gambar saya dan anak perempuan berusia tiga tahun sebelum kejadian.

“Secara tiba-tiba, hiasan pokok Krismas itu terjatuh. Memang terkejut dan tak jangka sama sekali. Ia berlaku sangat pantas.

“Mujur anak bersama saya. Kalau dia dalam kereta sorong kanak-kanak, mesti dia pun mungkin tercedera sama. Cuma dia terkejut dan terus menangis,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 25 Disember.


Menurut Cik Tan, mereka datang ke KL untuk menyambut Krismas dan memang merancang untuk berjalan-jalan di pusat beli-belah itu kerana tahu suasana meriah terutama hiasan Krismas yang menarik.

Katanya, ketika kejadian, pengunjung yang berada di situ turut terkejut dan cuba membantu suaminya sebelum pasukan keselamatan pusat beli-belah tiba.

Sementara itu, Pavilion KL dalam kenyataan di Facebook pada 25 Disember memohon maaf atas kejadian berkenaan dan menjelaskan pokok Krismas tersebut telah ditanggalkan untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

“Pavilion telah memberikan respons secepat mungkin dan pelanggan tersebut telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

“Disebabkan insiden tersebut, mangsa mengalami luka ringan. Kami masih lagi berhubung dengan keluarga mangsa untuk memastikan kesihatannya terus terjaga,” kata kenyataan itu.

Pavilion KL turut memberi jaminan pihaknya telah menjalankan pemeriksaan teliti pada semua hiasan Krismas sedia ada demi keselamatan pelanggan dan berharap semua pengunjung tidak risau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >