Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Warga S’pura dilapor hilang di pantai Desaru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Warga S’pura dilapor hilang di pantai Desaru

Dec 27, 2023 | 10:33 PM



KOTA TINGGI: Seorang lelaki dipercayai warga Singapura dilaporkan hilang di pantai Desaru, Johor, ketika sedang beriadah di salah satu resort di situ pada tengah hari, 27 Disember.

Menukil laporan media tempatan, mangsa, dikenal pasti seorang lelaki dewasa, 49 tahun, dilaporkan hilang, manakala anaknya, seorang remaja lelaki berusia 16, berjaya diselamatkan orang awam.

Kejadian berlaku di pantai The Westin Desaru Coast, Desaru.

Komander Operasi Bomba, Masri Ibrahim berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, tujuh anggota BBP Sungai Rengit dan tiga anggota BBP Mersing dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.33 tengah hari.

“Berdasarkan maklumat orang awam mangsa dipukul ombak ketika sedang beriadah sebelum hanyut.

“Seorang lelaki dewasa masih hilang, manakala seorang remaja lelaki berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum kami tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada 27 Disember.

Beliau berkata, pasukan keluaran operasi (PKO) membuat pencarian dengan menggunakan teknik pencarian permukaan atas air.

Katanya, operasi pencarian masih giat dijalankan sementara remaja tersebut sudah dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan resort berkenaan mematuhi “protokol keselamatan diperlukan”, termasuk membantu tetamu mendapatkan bantuan perubatan.


Bagaimanapun pihak pengurusan hotel itu enggan mendedahkan identiti kedua-dua mangsa tersebut atas sebab merahsiakan keperibadian tetamu.

Komander Operasi Bomba, Masri Ibrahim berkata, ketika kejadian berlaku, bendera merah sudah dipasang di pantai.

Bendera tersebut dikibarkan di kawasan pantai di Malaysia sebagai petanda keadaan laut berbahaya.

Menurut ST, operasi mencari dan menyelamat melibatkan dua pasukan penyelamat daripada Mersing dan Sungai Rengit telah ditangguh dan dijadual sambung semula pada awal 28 Disember, menurut seorang pegawai daripada BBP Penawar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >