Zoo Johor bakal ketengah tarikan waktu malam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zoo Johor bakal ketengah tarikan waktu malam

Mar 12, 2026 | 12:18 PM

Zoo Johor bakal ketengah tarikan waktu malam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Johor, Zoo Johor, Mohd Jafni Md Shukor, kerja naik taraf, tourism
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, melihat keadaan kandang tikus besar, capybara, ketika melawat Zoo Johor. - Foto FACEBOOK MOHD JAFNI MD SHUKOR

Zoo Johor bakal memperkenalkan konsep lawatan waktu malam sebagai sebahagian usaha memperkasa produk pelancongan negeri serta menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Zoo Johor bagi meninjau perkembangan kerja naik taraf yang sedang dilaksanakan secara bertahap di bawah pelan pembangunan zoo tersebut.

Menurutnya, lawatan itu penting bagi memastikan setiap pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan serta mematuhi piawaian yang ditetapkan demi memberikan pengalaman lebih baik kepada pengunjung.

“Antara tumpuan utama ketika ini adalah persediaan bagi pembangunan Zoo Johor waktu malam, satu inisiatif baru yang bakal memberi dimensi berbeza kepada produk pelancongan negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan pada 11 Mac.

Beliau berkata konsep tersebut bukan sahaja menambah tarikan kepada pelawat, malah berpotensi memperkukuh sektor pelancongan bandar serta merancakkan ekonomi setempat melalui peningkatan kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa.

Datuk Mohd Jafni berkata kerajaan negeri komited memastikan Zoo Johor terus diperkasa sebagai antara destinasi riadah dan pendidikan yang membanggakan rakyat Johor.

Menurutnya, usaha naik taraf itu juga selaras dengan aspirasi menjadikan Johor sebuah negeri yang maju, moden dan berdaya saing dengan kemudahan awam bermutu tinggi.

Beliau turut menekankan kepada pihak terlibat supaya setiap kerja naik taraf dilaksanakan secara teliti dengan mengambil kira aspek keselamatan, kebajikan haiwan serta keselesaan pengunjung.

“Usaha ini penting supaya Zoo Johor terus berkembang sebagai satu institusi rekreasi, pendidikan dan pemuliharaan yang membanggakan selaras dengan komitmen kerajaan negeri menyediakan kemudahan awam terbaik kepada rakyat,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg