Topik diikuti
Pergi ke BHkuBas terbakar di Braddell Road, tiada cedera
Bas terbakar di Braddell Road, tiada cedera
Sebuah bas terbakar di Braddell Road menghala ke Bartley Road pada 23 November petang, menyebabkan 10 perkhidmatan bas mengalami kelewatan dan lencongan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada sekitar 6.55 petang.
“Kebakaran itu melibatkan bahagian enjin bas tersebut. SCDF telah memadamkan api menggunakan satu pancutan air serta satu hos.
“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” kata seorang jurucakap SCDF ketika menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).
Menurut makluman Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menerusi aplikasi MyTransport.SG pada 8.52 malam, lapan perkhidmatan bas – 13, 28, 73, 93, 105, 129, 157 dan 159 – mengalami kelewatan sehingga 50 minit akibat kejadian itu.
Dua lagi perkhidmatan bas, iaitu 153 dan 155, turut dilencongkan.